Selamat Atau Tidak Untuk Ibu Menyusu Minum Kopi? Ini Penjelasan Doktor
Berapa banyak kafein yang ibu menyusu boleh minum dalam sehari?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cara paling mudah seseorang itu untuk mendapatkan kafein adalah dengan meminum kopi
Kafein banyak membantu orang untuk menjadi lebih fokus tetapi adakah ia selamat untuk ibu yang masih menyusukan anak untuk minum kopi?
Persoalan ini telah dijawab oleh Dr Adli Hidayat di Threads.
"Kopi sedap, kan? Tapi selamat ke untuk mak-mak (menyusu badan) BF ni? Anak tak jadi apa-apa ke?," katanya di Threads.
Dr Adli menjelaskan kafein akan muncul dalam susu 15 minit selepas minum. Kandungan kafein paling tinggi adalah 1 jam selepas minum dan akan mula turun 2 jam selepas minum kopi.
Para ibu, jangan risau, anda sebenarnya masih boleh minum kopi. Ramai faham bahawa beberapa ibu sangat memerlukan kopi untuk memastikan otak mereka tidak berat dan meneruskan rutin harian.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Roasting PartyBagaimana caranya jika ibu menyusu masih mahu minum kopi?
Dr Adli telah berkongsi beberapa cara khas untuk ibu-ibu menyusu yang masih mahu minum kopi.
Cara 1: Beri susu kepada anak betul-betul selepas minum kopi

Gambar sekadar hiasan.
Image via IluminasiBetul-betul selepas minum kopi, kafein masih belum muncul dalam susu, jadi ini masa terbaik untuk beri susu.
"Cara ini khas utk mak-mak yang memang takleh function / otak berat selagi tak pekena segelas. Pada ketika ini, kopi adalah alat kelangsungan (survival)," katanya di Threads.
Cara 2: Beri susu kepada anak sebelum minum kopi

Gambar sekadar hiasan.
Image via Melinda HospitalBeri susu kepada anak sebelum minum kopi. Setelah selesai, baru sahaja anda minum kopi.
"Susukan balik bayi atau pam selepas 2 jam. Pada waktu ini bayi sudah kembali lapar, susu pun dah penuh," katanya lagi.
Contoh rutin masa untuk menyusui anak dan minum kopi:
– 10 pagi: Susukan anak
– 10:15 pagi: Selesai susu, kopi dulu
– 10:25 pagi: Selesai ngopi
– 10:40 pagi: Kafein hadir di dalam susu.
– 11:25 pagi: Kadar kafein paling tinggi di dalam susu.
– 12:15 tengah hari: Kadar kafein sudah berkurang.
– 12:30 tengah hari: Selamat untuk pam atau susu bayi.
Jika anak lapar sebelum pukul 12:30 tengah hari, ibu terpaksa juga berikan susu kepada bayi.
Dr. Adli berpesan bahawa jika anak meragam, susah tidur atau kembung, ia tiada kaitan dengan ibu yang telah minum kopi.
Berapa banyak kopi yang ibu menyusu boleh minum?
Menurut pendapat Dr. Adli, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) mengatakan bahawa sehari 300 mg kafein masih selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu.
"1 shot lebih kurang 60 mg. Jadi maksima, hanya 5 shots sehari," katanya.
"Jadi untuk korang yang cuma minum 1 cawan Latte daripada pagi sampai malam tu, nak risau apa? Minum jelah," jelas Dr. Adli.

Gambar janaan AI
Image via GeminiImage viaBuat para ibu yang hanya minum satu cawan latte sehari, minum sahaja tanpa perlu risau.
Untuk rekod, Dr. Adli Hidayat merupakan seorang Kaunselor Pemakanan Bayi Bertauliah. Sudah banyak tip-tip buat para ibu telah dikongsikan oleh beliau di media sosial.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via