Tuan Hutan Dedah 4 Barang Wajib Ini Bawa Ketika Hiking – “Jangan Nak Bergaya”

Menurutnya, parang atau pisau merupakan antara peralatan paling penting yang perlu ada dalam setiap perjalanan memasuki hutan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Malaysia Bangkit

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selebriti media sosial yang dikenali sebagai Tuan Hutan tampil berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai aktiviti mendaki serta memasuki hutan, termasuk menegur sikap segelintir pendaki yang didakwa mengabaikan kelengkapan asas keselamatan

Menerusi laporan Kosmo! perkongsian yang tular di media sosial oleh Tuan Hutan menjelaskan terdapat empat barangan yang dianggap paling penting untuk dibawa ketika menjalankan aktiviti hiking iaitu parang atau pisau, sarung tangan (glove), topi dan kasut yang sesuai.

Menurutnya, parang atau pisau merupakan antara peralatan paling penting yang perlu ada dalam setiap perjalanan memasuki hutan.

"Parang atau pisau adalah barang yang paling penting sekali untuk ada dalam setiap perjalanan masuk hutan," katanya.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Beliau turut menjelaskan penggunaan sarung tangan dan topi bukan sekadar untuk keselesaan, sebaliknya berfungsi melindungi anggota badan tertentu

Katanya, tapak tangan, kaki, celah kangkang dan ubun-ubun kepala perlu sentiasa berada dalam keadaan panas bagi mengelakkan masalah kesihatan serta perkara yang tidak diingini berlaku ketika berada di dalam hutan.

"Tempat-tempat ini perlu sentiasa panas. Sejuk akan menyebabkan kesusahan nanti. Akan ada penyakit dan mungkin perkara yang tidak baik berlaku," ujarnya.

Dalam masa sama, Tuan Hutan turut menegur trend sesetengah pendaki yang memakai kasut sukan biasa semata-mata kerana faktor penampilan.

Menurutnya, ramai menganggap kasut tersebut kelihatan menarik, tetapi gagal memberi perlindungan dan tahap keselamatan yang diperlukan ketika melalui laluan mencabar di hutan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Bangkit

Selain kelengkapan, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada mi segera sebagai bekalan utama ketika mendaki

Jelasnya, mi segera hanya sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut dan bukannya sumber tenaga utama sepanjang aktiviti lasak tersebut.

"Ramai yang masuk hutan sediakan mi segera. Mi segera bukan sumber makanan yang perlu diperbanyakkan kerana ia hanya untuk melapik lapar sahaja, bukan memberi tenaga kepada hiker," katanya.

Malah, beliau berseloroh meminta ketua kumpulan menegur mana-mana ahli yang membawa terlalu banyak mi segera atau gagal menyediakan kelengkapan keselamatan asas.

"Kalau pergi berkumpulan, periksa semua ahli. Kalau dia bawa mi segera banyak, marah dia. Kalau tak ada parang, glove (sarung tangan), topi, kasut yang sesuai serta kit perubatan, marah dia juga,"
katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersetuju bahawa aspek keselamatan dan persediaan perlu diberi keutamaan berbanding gaya ketika melakukan aktiviti mendaki dan meneroka hutan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via