seismik

Jom Berhibur Bersama Hujan, Altimet, Bittersweet & Bunkface Di Festival Gegaria Nanti!

Bukan itu sahaja, ramai lagi artis lain yang bakal menggegarkan pentas kali ini!

Cover image via GoGegaria / Facebook

Adakah anda seorang concert go-er? Jika ya, anda mesti excited untuk menonton artis tempatan berentap untuk menghiburkan anda semua!

Hujung minggu kalau anda masih belum ada apa-apa perancangan bersama keluarga, bolehlah bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menonton konsert secara PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA!

Ya, betul tak perlu bayar langsung. Anda hanya perlu hadirkan diri dan bawa seramai yang boleh untuk memeriahkan lagi. Bestnya! Untuk apa agaknya kan?

Festival Gegaria is back!

Seperti yang anda semua tahu, Festival Gegaria bakal berlangsung di empat lokasi yang berbeza. Kali ini lebih meriah!

Masuk dan tonton konsert tanpa bayaran dengan keluarga dan rakan-rakan di Festival Gegaria yang akan ada ramai barisan artis terkenal tanah air. Pastinya menghiburkan!

Festival Gegaria kini kembali dengan kejutan yang lebih menarik. Mungkin anda berfikiran bahawa festival ini telah berakhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang telah berlangsung pada bulan lepas.

Belum lagi ya! Masih ada beberapa lokasi yang akan menggegarkan anda dengan lebih banyak aktiviti, makanan, persembahan menarik, perkongsian daripada influencer terkenal dan keseronokkan menanti anda!

Ingin tahu di mana lokasi-lokasi yang dimaksudkan?

Image via says.com

Antara lokasi dan tarikh untuk Festival Gegaria akan datang bermula dari pukul 8 pagi - 11 malam!

  • 24 Mac 2018 | Bulatan Amanjaya, Meru Ipoh, Perak
  • 31 Mac 2018 | Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur
  • 7 April 2018 | Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan
  • 15 April 2018 | Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah

Untuk mengetahui apa aktiviti yang ada di festival ini, klik di link ini!

Seperti biasa, selepas selesai semua aktiviti di waktu pagi hingga ke petang, pasti anda menunggu masa untuk berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan, betul tak?

Jangan risau, Festival ini akan membawakan kepada anda semua konsert penutup yang akan bermula pada jam 9.00 pm sehingga 11 pm!

Sebelum itu, anda ingin tahu artis terkenal tanah air yang mana bakal menghibur dan mencetuskan kehangatan di Festival Gegaria nanti?!

1. Noh Salleh

Image via Berita Harian

2. Bunkface

3. Sonaone

Image via anizyn

4. Kugiran Masdo

Image via Berita Harian

5. Hujan

Image via Star2.com

6. Akim & The Majistret

7. Bittersweet

8. Altimet

Image via Berita Harian

9. Orkes A. Hizadin

Image via Muzik Kita

10. Plague Of Happiness

Image via Unite Asia

11. Nabila Razali

12. Aizat Amdan

13. Khai Bahar

Image via MyNewsHub

14. Izzue Islam

Image via MStar

15. Gerhana Ska Cinta

Image via Berita Harian

16. IamNEETA

Image via Berita Harian

Seronok bukan? :)

Jangan risau. Anda semua bakal berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan artis-artis terkenal tanah air yang ada di Festival Gegaria nanti! Nak selfie pun boleh!

Anda boleh buat Facebook Live atau post di Instastory masa konsert ini nanti dan jangan lupa untuk hashtag #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK ya!

Konsert penutup Festival Gegaria sentiasa happening dengan persembahan yang begitu bertenaga oleh barisan artis-artis terkenal tanah air. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini untuk tengok mereka live dan berhibur bersama!

Yang paling penting, kali ini anda dapat tengok konsert secara PERCUMA!

Jumpa anda di sana! #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK

Jangan lupa untuk follow Facebook Gegaria & Instagram Gegaria untuk maklumat lanjut!

#GoGegaria #GegariaFest #KitaOK

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selami maksud sebenar cara pemakaian kain batik

Lihat bagaimana jejaka ini memberi inspirasi kepada kita!

Ibu bapa perlu tahu punca sebenar penyakit kuning

Tahniah Dato' Siti !