[GEMPAR] Bomoh Rogol Remaja 15 Tahun Kononnya Untuk Halau Hantu Tempayan
Tak masuk akal.
Seorang bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun semasa upacara berubat dijalankan di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Sarawak
Ibu mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit pada jam 1.30 tengah hari Sabtu yang lalu.
Pihak polis telah menahan suspek berusia 34 tahun berasal dari Balingian untuk siasatan lanjut.
Ibu bawa anak jumpa bomoh tujuan untuk berubat
Menurut laporan, ibu mangsa telah membawa anak perempuannya itu berjumpa dengan bomoh terbabit untuk berubat kerana disangka anaknya diganggu oleh hantu tempayan.
Mangsa dipercayai dibawa ke tempat dengan menggunakan perahu oleh bomoh tersebut. Setiba di lokasi, bomoh itu kemudian menggunakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai berkenaan.
"Selepas selesai upacara miring dan bebiau, bomoh membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh mereka iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya," katanya.
Bomoh minta merahsiakan perkara jika tidak mahu penyakit berlarutan
Menurut ibu mangsa, semasa upacara membuang hantu dilakukan, anaknya telah dirogol oleh bomoh tersebut.
Namun, bomoh tersebut menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitnya tidak akan sembuh.
Tetapi, semasa sampai di rumah, anaknya telah menceritakan kejadian yang sebanar kepada ibunya.
"Suspek direman selama tujuh hari mulai semalam hingga 2 Januari depan untuk membantu siasatan.
"Mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk pemeriksaan pakar," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.