[VIDEO] Gol Futsal Pelajar Malaysia Ini Terlalu Epik, Sampai FIFA & Pemain USA Pun Tabik!
Ingat senang ke nak 'score' macam tu?
Siapa sangka video 9 saat dari Malaysia boleh jadi bualan dunia!
Zaman sekarang ni apa-apa jenis kandungan pun boleh trending, maklumlah semuanya di hujung jari.
Tidak kiralah sama ada meme kelakar, video kucing, atau gambar epik, semuanya boleh diakses dengan mudah dan dicapai oleh seluruh penduduk dunia siber.
Baru-baru ini, sebuah video gol futsal epik dari Malaysia telah tular dan mendapat perhatian warganet di Twitter
Menariknya, gol epik tersebut dijaringkan oleh seorang pelajar perempuan. Pelajar tersebut, Nur Fadilah menerusi Twitter telah memuat naik sebuah video berdurasi 9 saat yang memaparkan dirinya bersama rakan-rakan lain sedang bersuka ria bermain futsal.
"Hari ni dalam sejarah. 1st time goal macam ni. Skor paling mantap," tulisnya di caption.
Tweet tersebut telah 'meletup' sejak dimuat naik pada 30 November 2019 lalu dan mendapat 26.7k retweets dan 22.7k likes setakat artikel ini ditulis.
Walaupun gol jaringan Nur Fadilah ini tidak memenangi apa-apa anugerah rasmi, ia sudah cukup memadai untuk menarik perhatian badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA
Akaun rasmi FIFA Women's World Cup memuat naik video Nur Fadilah tersebut dengan caption yang berbunyi:
"One of our followers sent us this, and asked us to make it our 'Goal of the Year'. Well... technically."
Bukan setakat FIFA, pemain bola sepak wanita USA, Hope Solo yang pernah memenangi Piala Dunia dan pingat emas Sukan Olimpik turut memberi respon terhadap gol epik itu