Hanya Disebabkan Vape, Anak Sanggup Tikam Ibu Sampai Mati
Astagfirullahaladzim, takutnya manusia zaman sekarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita maut disyaki ditikam dengan pisau oleh anak kandungnya di FELDA Ayer Hitam, Kluang, Johor pada 4 Disember 2024
Menurut laporan Kosmo!, dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, wanita berusia 50-an meninggal dunia di tangan anaknya yang berusia 20-an akibat cedera ditikam pada bahagian pinggang.
Difahamkan, sebelum ketika kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dan ibunya kerana ibunya menegur suspek menghisap vape.
Akibat berang dengan bebelan ibunya, suspek bertindak menikam mangsa dari arah belakang ketika sedang menikmati sarapan pagi di dapur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kejadian itu dan mangsa dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi
"Susulan kejadian itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun ditahan ditempat kejadian oleh sepasukan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Balai Polis Sri Lalang," katanya.
Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing pula mendapati tiada pengaruh dadah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!