seismik

Haziq Hussni & Sean Lee Antara Dua Nama Pengacara Baharu Melodi Bersama Ain Edruce

Saksikan Melodi pada hari Ahad ini, jam 12:30 tengah hari.

Cover image via @haziq_hussni (Instagram) , @meloditv3 (Instagram) , Tatler

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rancangan hiburan tempatan, Melodi akhirnya akan memperkenalkan pengacara terbaharu mulai esok pada 7 Ogos 2022

Seperti sedia maklum pada Julai lalu, Ain Edruce secara rasminya telah menggantikan Nabila Huda sebagai pengacara Melodi. Sejurus itu, Ain digandingkan dengan beberapa pengacara jemputan antaranya Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad dan Shalma Aina.

Untuk episod minggu ini, seorang 'pengacara tetap' akan diperkenalkan bagi menerajui program tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi hos bersama-sama Ain. Namun, ada ura-ura mengatakan antara dua nama yang menjadi buah mulut orang ramai ialah Haziq Hussni dan Sean Lee.

Dua nama hebat, siapakah yang akan berganding dengan Ain Edruce?

Nama pengacara yang sedang meningkat naik, Haziq Hussni menjadi antara pilihan untuk mengacarakan Melodi. Jika melihat pengalamannya dalam bidang pengacaraan, tidak mampu lagi disangkal kebolehannya. 

Pernah menjadi hos bagi Anugerah Juara Lagu Ke-34, ini menunjukkan kredibiliti dan bakat beliau dalam bidang ini. Jika sebelum ini Haziq pernah menjadi juruhebah radio, semestinya Haziq tidak asing lagi dalam mengikuti dan melaporkan berita berkenaan industri hiburan.

Image via Tatler Asia

Jika sebelum ini Sean Lee pernah mengacarakan Mbuzz, sudah semestinya beliau tidak kekok dalam mengacarakan rancangan hiburan seperti ini. Hadir dalam industri sebagai pelakon, Sean juga menerima pelbagai tawaran sebagai pengacara.

Antara program yang dihoskan olehnya adalah 'I Can See Your Voice Malaysia' dan Lazada Super Show. Mungkin dengan pengalaman yang diperoleh akan membawa nafas baru kepada Melodi.

Saksikan Melodi setiap Ahad, jam 12:30 tengah hari

Menjadi pengacara bagi sebuah rancangan hiburan yang telah bertahan selama lebih tiga dekad ini pastinya menjadi satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar. 

Namun kita tidak dapat nafikan dengan adanya pengacara yang hebat ini mampu membuat penonton untuk kekal bersama Melodi.

Jadi siapa yang anda rasa akan digandingkan bersama Ain Edruce? Jangan lupa saksikan Melodi Ahad ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: