seismik

Sedia Pikul Amanah Besar, Shamsul Ghau Ghau Jayakan Drama Terbaru Di TV9

Jom ikuti pengembaraan Guard Komando!

Cover image via Orangetree Production Sdn Bhd

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

SLOT Diandra TV9 terus membawakan drama terbaik buat tontonan seisi keluarga

Terbaharu, drama Guard Komando sudah mula menemui penonton bermula 28 Julai lalu.

Drama bersiri 20 episod ini berkisar tentang Taman Kampung Coh yang sedang berhadapan dengan kes kecurian yang tinggi.

Selaku penghulu kampung, Pak Kassim mengadakan mesyuarat dengan beberapa wakil penduduk bagi mencari jalan penyelesaian namun semua usaha itu gagal dilaksanakan.

Kini, Pak Kassim menaruh harapan kepada Komandudu Adnan lakonan Shamsul Ghau Ghau yang dipercayai mempunyai pengalaman dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Pengembaraan Guard Komando di Taman Kampung Coh bermula apabila mereka diberi kepercayaan untuk menyiasat kes kecurian yang berlaku di taman berkenaan

Shamsul Ghau Ghau sebagai Komandudu menetapkan syarat bahawa dia akan memilih pasukannya sendiri iaitu ketiga-tiga anak lelakinya, Kholid, Mansur dan Dollah yang dilakonkan oleh Fendy Bakry, Mark Adam dan Jiggy Masin untuk bekerja dengannya mengawal kawasan perumahan mereka. 

Awalnya mereka bertiga tidak bersetuju kerana masing-masing mempunyai impian dan cita-cita yang lain, namun kerana cita-cita mereka tidak kesampaian, mereka terpaksa menuruti kehendak ayah mereka.

Kehadiran Guard Komando memberi sinar kepada penduduk Taman Kampung Coh apabila mereka berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang berlaku di kawasan perumahan berkenaan.

Walau bagaimanapun, kehadiran mereka tidak disenangi oleh sekumpulan penjahat yang semakin sukar untuk melakukan operasi mengganggu penduduk di situ

Bersiaran setiap Khamis dan Jumaat pada jam 8:30 malam

Jangan lupa saksikan lakonan pelakon hebat tanah air seperti Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam, Jiggy Masin, Ayunie Rizal dan ramai lagi di TV9 atau strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: