seismik

Kupas Isu Tular Dari Sudut Islam, Sembang Viral Kembali Dengan Musim Kedua

Jangan lupa saksikan!

Cover image via TV9

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kembali lagi dengan musim kedua, Sembang Viral tampil dengan segmen baharu

Rancangan yang mengupas isu viral ini telah berjaya mencuri perhatian penonton dan menerima sambutan hebat sejak diperkenal pada 13 September 2021.

Sembang Viral yang mula bersiaran sebagai kapsul 10 minit, kini kembali dengan musim terbaharu bagi membincangkan isu-isu tular di media sosial daripada perspektif Islam secara santai bersama ahli panel jemputan.

Image via TV9

Sembang Viral akan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selain turut menampilkan ahli panel jemputan yang terdiri daripada pendakwah bertauliah, peguam syarie, pakar motivasi dan selebriti jemputan.

Lebih menarik, Sembang Viral juga tampil dengan segmen baharu 'Netizen Tanya' yang mana Datuk Rosyam Nor akan membacakan soalan-soalan daripada netizen berkaitan isu agama dan kehidupan.

Episod pertama bakal bersiaran mulai 1 Ogos 2022 di TV9

Image via TV9

Episod pertama untuk Sembang Viral musim kedua akan membincangkan topik 'Mempersendakan Agama' bersama ahli panel jemputan Ustaz Amin dan Caprice.

Saksikan Sembang Viral Musim Kedua setiap Isnin, jam 10:30 malam di TV9 atau strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok TV9.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: