seismik

Menyampaikan Berita Hangat & Sensasi, Ini 5 Pengacara Melodi Yang Paling Diingati

Semuanya sangat berbakat dan hebat!

Cover image via Kosmo , ROTIKAYA , Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melodi TV3 sememangnya sudah menjadi antara rancangan hiburan yang banyak menampilkan artis Malaysia sebagai pengacara

Tidak dapat dinafikan bahawa menjadi pengacara Melodi boleh dikategorikan sebagai suatu pencapaian terbesar bagi seseorang artis dalam karier seninya.

Terdapat beberapa nama besar tanah air yang pernah menjadi host rancangan sensasi ini. Jom kita lihat antara 5 pengacara Melodi yang paling diingati:

1. Awal Ashaari

Image via Kosmo

Menjadi antara pengacara yang paling lama bertahan, Awal Ashaari banyak bergandingan bersama pasangan pengacara yang berbeza.

Sepanjang lima tahun bertugas, Awal berjaya menjadikan rancangan hiburan ini kekal relevan walaupun dengan kehadiran pelbagai rancangan lain.

2. Zizan Razak

Image via ROTIKAYA

Selain menjadi pelawak terkenal, Zizan turut berjaya memainkan peranan sebagai pengacara Melodi apabila digandingkan bersama Awal Ashaari.

Selepas kemunculan Zizan, slogan Melodi ditambah dengan frasa 'berdiri di atas bakat sendiri'.

3. Fara Fauzana

Image via Berita Harian

Kejayaannya dalam bidang pengacaraan menaikkan lagi nama Melodi untuk berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Gandingan bersama Wahid Senario turut memberikan impak positif kepada rancangan hiburan ini.

4. Wahid

Image via Kopi Planet

Penampilan pelawak sememangnya tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan ketika itu. Wahid berjaya membuatkan penonton selesa dengan gayanya yang bersahaja ketika mengendalikan rancangan ini.

Selain Wahid, Saiful Apek dan Yassin Yahya juga antara pelawak yang pernah menjadi pengacara Melodi.

5. Ogy Ahmad Daud

Image via Kosmo

Dengan pesona yang tersendiri, Ogy antara pengacara yang berjaya menjadikan Melodi kekal relevan sehingga ke hari ini.

Merupakan pengacara Melodi yang terawal, Ogy menjadi pengacara Melodi pada tahun 1993 hingga 1999. 

Tiga dekad bersiaran, Melodi sekali lagi membawakan penampilan pengacara terbaharunya bermula 7 Ogos ini

Ain Edruce, personaliti TV yang terkenal dengan sifat hebohnya dan sangat diminati ramai telah dipilih untuk menjadi pengacara baru Melodi.

Bagi mengetahui siapa yang bakal digandingkan bersama Ain Edruce, ikuti rancangan ini pada setiap Ahad, pada 12.30 tengah hari hanya di TV3.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: