6 Helah Berpuasa Untuk Penagih Kopi
Khas untuk 'coffee addict' di luar sana.
Data Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan perubahan mood dan tingkah laku
Bukan itu sahaja, kafein juga boleh mengganggu kerja, pekerjaan, serta kemampuan berfikir dalam masa tertentu.
Anda penagih kopi? Baca tip ini untuk menjalani puasa dengan lebih baik:
1. Hentikan kopi seminggu sebelum puasa
Ia mungkin satu kerja gila bagi anda tetapi ia sangat bermanfaat. Jika anda menghentikan pengambilan kopi seminggu sebelum Ramadan, anda akan mengalami simptom penarikan ketika tidak berpuasa.
Ketika ini anda mungkin mengalami sakit kepala atau pening selama 3 hingga 6 hari kerana badan tidak menerima kafein secara mengejut. Namun, ini akan membantu anda menjalani puasa dengan lebih baik tanpa kopi.
2. Jadualkan pengambilan kopi
Jika anda tidak boleh menghentikan pengambilan kopi sebelum Ramadan, anda boleh meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari dan elakkan pengambilannya pada waktu siang. Dengan ini secara tidak langsung akan membantu badan anda terbiasa untuk tidak meminum kopi pada awal pagi atau sepanjang waktu siang.
3. Makan banyak karbohidrat untuk tenaga
Salah satu sebab mengapa kebanyakan orang meminum kopi adalah disebabkan tenaga yang dibekalkannya. Jadi, anda boleh menggantikan kopi dengan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membekalkan banyak tenaga untuk badan anda.
Selain itu, banyakkan memakan buah-buahan antara berbuka dan sahur. Jangan lupa manisan Ramadan juga kerana ia membuatkan anda bertenaga dan membantu anda melupakan kopi.
4. Pisang kekalkan anda terhidrat
Pisang membuatkan anda terhidrat, yang mana sangat diperlukan pada waktu pagi semasa Ramadan. Tetapi selain itu, pisang membantu meneutralkan sakit kepala yang berlaku kerana kekurangan kafein.
5. Hanya minum secawan selepas iftar bukannya semasa sahur
Anda dibenarkan minum secawan kopi dalam masa 2 jam selepas berbuka puasa, tetapi tidak semasa sahur. Elakkan berbuka puasa dengan kopi kerana ia membuatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada perut kosong dan seterusnya menyakitkan mukosa perut.
Tetapi dengan meminumnya selepas 2 jam lebih baik, kerana badan anda akan menyesuaikan tahap glukosa darah ketika itu. Manakala, minum secawan pada waktu sahur akan membuatkan anda dehidrasi selama seharian.
6. Minum teh pada waktu malam
Nikmati pelbagai teh selepas berbuka puasa. Ya, teh mengandungi kafein tetapi pada tahap yang lebih rendah. Teh adalah lebih sihat dan kurang ketagihan. Ia juga membantu meneutralkan sakit kepala dan ketegangan.
Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.
Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook