Kad Bank Tercicir & Wanita Terkejut Dapat Notifikasi Transaksi, Rupa-Rupanya…
Nasib baik dapat dekat tangan orang baik.
Cover image via @fakiyh (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kad bank tercicir tanpa disedari, namun satu notifikasi transaksi yang tiba-tiba masuk akhirnya membantu seorang wanita mengetahui di mana kad miliknya berada
Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkata dia langsung tidak menyedari kad banknya tercicir dan tidak pasti di mana lokasi terakhir dia menggunakannya.
Sehinggalah satu notifikasi muncul di telefonnya.
"RMXX.XX card transaction…"

Pada mulanya, dia terkejut dan tertanya-tanya siapa yang menggunakan kad bank tersebut
Namun, perkara sebaliknya berlaku. Menurut wanita itu, seorang individu telah menemui kadnya yang tercicir sebelum membuat satu pembelian kecil menggunakan kad berkenaan.
Tujuannya bukan untuk mengambil kesempatan, sebaliknya pembelian tersebut dipercayai dilakukan bagi mencetuskan notifikasi transaksi supaya pemilik kad menyedari kadnya telah ditemui.

"Rupanya ada seseorang yang menjumpai kad saya yang tercicir dan buat satu pembelian kecil semata-mata untuk trigger notification akaun saya. Akhirnya saya dah dapat semula kad bank ni.
"Kepada awak yang saya tak tahu siapa, terima kasih. Terima kasih sebab memilih untuk jujur ketika awak sebenarnya boleh saja memilih sebaliknya. Terima kasih banyak team @haroldsmy Mydin Kuala Terengganu!" katanya.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


