TGV Tawar Tiket Movie ‘Beli 1 Percuma 1’ Buat Semua Penonton Sehingga 31 Oktober Ini
Jangan lepaskan peluang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
TGV menawarkan tiket wayang 'Beli Satu Percuma Satu' apabila anda membuat bayaran dengan SPayLater dari 1 September hingga 31 Oktober 2026
Promosi ini tersedia setiap hari di semua lokasi TGV di seluruh negara, selagi stok masih ada.

Berikut adalah cara untuk buat penebusan:
Cuma pilih filem dan pawagam pilihan anda, kemudian pilih dua tempat duduk semasa membuat tempahan.
Di halaman pemilihan tiket, pilih jenis tiket 'B1F1 SPayLater' dan teruskan membayar menggunakan eWallet SPayLater anda.
Anda kemudian akan mendapat satu tiket wayang secara percuma, bermakna anda hanya membayar untuk salah satu daripada dua tempat duduk tersebut.

Promosi ini tersedia setiap hari dari 1 September hingga 31 Oktober, tetapi hanya terhad kepada 100 transaksi promosi yang tersedia setiap hari
Terdapat juga had satu tiket percuma untuk setiap transaksi.
Walau bagaimanapun, promosi ini tidak sah untuk tempahan dewan, tayangan khas, acara atau konsert dan ia tidak boleh digabungkan dengan promosi lain yang sedang berjalan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via