HOMEDEC KL 2026 Himpun Lebih 350 Syarikat Di Bawah Satu Bumbung – “Jom Renovate!”
Sejak 2003, HOMEDEC telah membantu lebih empat juta pemilik rumah dalam perjalanan memiliki, menyewa, mereka bentuk dan mengubah suai kediaman.
Cover image via HOMEDECFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 350 syarikat yang menawarkan pelbagai produk kelengkapan kediaman, idea reka bentuk dalaman dan penyelesaian pengubahsuaian rumah berhimpun di bawah satu bumbung menerusi pameran HOMEDEC KL 2026
Penganjur yang merangkap Presiden C.I.S Network Sdn. Bhd., Datuk Vincent Lim berkata, pameran tahun ini memberi tumpuan lebih besar kepada pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada kepakaran profesional.
Menurut beliau, ia bagi membantu rakyat Malaysia membuat keputusan lebih tepat sama ada untuk melengkapkan kediaman baharu atau memperbaharui ruang sedia ada.
"HOMEDEC KL 2026 turut menampilkan aktiviti seperti HOMEDEC Showhomes yang merangkumi INTERVAL dan OASIS selain Architects' Pavilion bagi memberikan inspirasi serta panduan praktikal kepada pengunjung.
"INTERVAL yang dihasilkan firma reka bentuk dalaman tempatan Matthew Lim Associates (MLA) diketuai pengetuanya, Matthew Lim mengetengahkan konsep "A Home, Experienced in Layers" menerusi gabungan ruang, cahaya, bahan dan bunyi bagi membantu pemilik rumah melihat kediaman dari perspektif berbeza," katanya.

HOMEDEC KL 2026 yang merupakan pameran hiasan dalaman rumah terbesar di Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula semalam (Khamis) sehingga Ahad ini membawa tema "Jom Renovate!"
Tahun ini, lebih 1,100 reruai di lapan dewan sekali gus memberi peluang kepada pemilik rumah mendapatkan inspirasi, meneroka produk serta mendapatkan khidmat kepakaran profesional untuk keperluan kediaman masing-masing.
Pameran Rumah Contoh Eksklusif (HOMEDEC Showhomes):
- INTERVAL: Dihasilkan oleh firma reka bentuk Matthew Lim Associates (MLA), ia membawakan konsep "A Home, Experienced in Layers" yang menggabungkan elemen pencahayaan, material, bunyi, dan ruang.
- OASIS: Menampilkan inspirasi ruang luar (outdoor) untuk mengubah kawasan terbuka menjadi ruang santai yang berfungsi dan selesa.
ㅤ


Konsultasi Pakar & Teknologi Moden:
- Architects' Pavilion: Sesi interaksi bersemuka bersama arkitek bertauliah untuk bimbingan perancangan ruang kediaman secara percuma dan efisien.
- Sesi Feng Shui: Perkongsian khusus bersama Master Suyen mengenai susun atur serta keharmonian ruang kediaman.
- Samsung Smart Home Experience Centre: Zon demonstrasi ekosistem kediaman pintar dan peralatan berhubung bagi mempermudah rutin harian.
- Inisiatif Jom Jamuan: Ruang khas di Marketplace yang mempamerkan demonstrasi masakan serta gajet dapur terbaharu.
ㅤ
Sementara itu, dari segi penjimatan, HOMEDEC Savers menawarkan diskaun sehingga 80 peratus serta tawaran eksklusif daripada pempamer yang mengambil bahagian, meliputi perabot, keperluan pengubahsuaian dan produk penambahbaikan kediaman
Pengunjung juga berpeluang menyertai kempen SHOP BIG WIN BIG yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM600,000 menerusi perbelanjaan minimum RM200 menerusi satu resit yang membolehkan pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk perjalanan ke Korea, pelayaran Disney Cruise dan barangan elektrik Samsung.
Ganjaran segera berperingkat turut ditawarkan bagi perbelanjaan yang memenuhi syarat, tertakluk kepada konsep siapa cepat, dia dapat dan selagi stok masih ada.

Penganjur turut menggalakkan pengunjung membuat prapendaftaran menerusi laman web www.homedec.com.my bagi mengelakkan kesesakan beratur serta berpeluang memenangi hadiah.
Sejak 2003, HOMEDEC telah membantu lebih empat juta pemilik rumah dalam perjalanan memiliki, menyewa, mereka bentuk dan mengubah suai kediaman, dengan penglibatan 20,000 pempamer sepanjang tempoh berkenaan.
Pameran itu terus menyediakan platform untuk pemilik rumah mendapatkan idea, mengikuti perkembangan terkini dalam reka bentuk dan hiasan dalaman serta menimba pengetahuan daripada pakar industri menerusi pameran rumah contoh, sesi dialog dan bengkel.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


