Hukum Solat Atas Lantai Tanpa Sejadah, Ini Jawapan & Penjelasan Hukum Menurut Islam

Semoga lepas ini tak ragu-ragu dah kalau tak bawa sejadah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gemini & Tudung People

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah berada di tempat yang tiada sejadah dan tertanya-tanya sama ada boleh terus solat atas lantai atau tanah?

Jawapannya, boleh dan solat tetap sah, selagi tempat tersebut bersih daripada najis.

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW bersabda bahawa bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci untuk umat Baginda. Ini menunjukkan umat Islam tidak diwajibkan menggunakan sejadah setiap kali hendak menunaikan solat.

Tak wajib pun guna sejadah

SAYS.com
Image via Waktu Solat Malaysia

Sejadah hanyalah alas dan bukan syarat sah solat. Jadi, kalau berada di rumah, pejabat, kawasan lapang atau mana-mana tempat yang bersih, seseorang boleh sahaja solat terus di atas lantai atau tanah tanpa sebarang alas. Apa yang penting, tempat tersebut mestilah suci daripada najis.

Walaupun kebanyakan permukaan bumi boleh dijadikan tempat solat, terdapat pengecualian seperti kawasan perkuburan dan tandas berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Selain itu, jangan solat di tempat yang diketahui mempunyai najis dan najis tersebut bersentuhan dengan badan atau pakaian.

Jika najis hanya berada berdekatan tetapi tidak menyentuh badan atau pakaian, solat tetap sah, namun boleh menjadi makruh jika kedudukannya terlalu dekat.

Jadi, perlu tak bawa sejadah ke mana-mana?

SAYS.com
Image via GeminiImage via

Kalau ada sejadah dan mudah untuk digunakan, sudah tentu lebih baik kerana ia dapat memberikan keselesaan serta membantu memastikan tempat solat bersih.

Tetapi kalau tiada sejadah, jangan pula sampai rasa tak boleh solat. Selagi tempat itu bersih dan memenuhi syarat sah solat, teruskan sahaja ibadah.

Secara ringkasnya, sejadah bukan syarat sah solat. Yang penting ialah kebersihan tempat, badan dan pakaian daripada najis. Jadi, kalau terlupa bawa sejadah selepas ini, tak perlu panik. Cari sahaja tempat yang bersih dan tunaikan solat seperti biasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: