Apple Store Kedua Di Malaysia? 22 Jawatan Kosong Di Putrajaya Cetus Spekulasi Ramai

Agak-agak dekat mana ya lokasi Apple Store kedua nanti?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wiser.My & Apple

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebelum ini rakyat Malaysia hanya ada satu Apple Store rasmi di The Exchange TRX, kini timbul spekulasi bahawa Apple mungkin bakal membuka cawangan kedua di Malaysia

Spekulasi itu mula menjadi perhatian selepas Apple dilihat menyenaraikan 22 kekosongan jawatan dengan lokasi Putrajaya.

Memetik laporan Wiser.My, antara jawatan yang disenaraikan termasuk Specialist, Ops Specialist, Technical Specialist, Technical Expert, Genius, People Ops Planner, Tech and Merch Pro serta Business Expert.

Apa yang menarik, jawatan-jawatan tersebut bukan sekadar melibatkan kerja pejabat atau korporat.

Sebaliknya, sebahagian besar daripadanya merupakan posisi yang biasanya diperlukan untuk mengendalikan operasi sesebuah Apple Store.

SAYS.com
Image via Wiser.My

Semakan menerusi LinkedIn turut menunjukkan beberapa jawatan berkenaan meletakkan Putrajaya sebagai lokasi penempatan

Pada masa sama, laman rasmi kerjaya Apple menyatakan terdapat kekosongan di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokasi lain di Malaysia.

Disebabkan itu, timbul persoalan dalam kalangan peminat Apple mungkin Apple Store kedua Malaysia bakal muncul di Putrajaya.

Lebih menarik, IOI City Mall antara lokasi yang mula dikaitkan dengan spekulasi tersebut.

SAYS.com
Image via LinkedIn Apple
SAYS.com
Image via Apple

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi daripada Apple atau IOI Properties mengenai perkara berkenaan.

Situasi ini bagaimanapun mengingatkan kembali kepada apa yang berlaku sebelum Apple Store pertama Malaysia dibuka.

Pada Disember 2022, Apple dilaporkan mula mengiklankan beberapa kekosongan jawatan di Malaysia, termasuk 11 posisi dalam sektor Apple Retail.

Kira-kira 18 bulan kemudian, Apple Store pertama Malaysia di The Exchange TRX akhirnya dibuka kepada orang ramai pada 22 Jun 2024.

Jadi, adakah pengambilan pekerja kali ini merupakan petanda Apple sedang membuat persiapan untuk membuka kedai kedua? Buat masa ini, jawapannya masih menjadi tanda tanya.

Tapi kalau betul Apple Store kedua bakal dibuka di Putrajaya, nampaknya peminat produk Apple di kawasan sekitar Lembah Klang mungkin tak perlu lagi pergi jauh untuk singgah ke Apple Store.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: