Kerajaan Negeri Melaka Sedia Dana RM500,000 Galak Belia Ceburi Bisnes Pelancongan

Difahamkan, bantuan berkenaan diharap dapat menggalakkan lebih ramai anak muda mengambil peluang menjana pendapatan dalam sektor pelancongan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau selama ini ramai anak muda hanya melihat sektor pelancongan sebagai peluang pekerjaan, kerajaan negeri Melaka kini mahu mereka melihatnya sebagai ruang untuk membina perniagaan sendiri

Kerajaan Negeri Melaka menyediakan dana berjumlah RM500,000 menerusi Inisiatif Dana Pelancongan Remaja bagi membantu golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan berkaitan industri pelancongan.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu menyasarkan kira-kira 200 belia berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Difahamkan, bantuan berkenaan diharap dapat menggalakkan lebih ramai anak muda mengambil peluang menjana pendapatan dalam sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi negeri Melaka.

"Kita hari ini mengumumkan Inisiatif Dana Pelancongan Remaja sebanyak RM500,000 untuk menggalakkan belia yang berminat dalam bidang pelancongan memulakan perniagaan.

"Dengan RM500,000 kita akan beri kepada 200 orang belia yang berusia 20 hingga 35 tahun, mungkin seorang dapat dalam RM10,000,"
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan Ogos di Melaka, hari ini.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menariknya, bantuan tersebut bukan terhad kepada satu jenis perniagaan sahaja

Sebaliknya, golongan belia yang berminat boleh memanfaatkan peluang itu untuk menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan berkaitan sektor pelancongan.

Antaranya termasuk perniagaan menjual cenderamata kepada pelancong selain menawarkan perkhidmatan seperti pemandu pelancong.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Langkah berkenaan dilihat dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak muda untuk menjana pendapatan sendiri, di samping membantu memperkukuh ekosistem pelancongan di Melaka.

Dengan adanya dana tersebut, golongan belia bukan sahaja berpeluang menjadi sebahagian daripada tenaga kerja dalam industri pelancongan, malah boleh tampil sebagai usahawan yang menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pelancong.

Pada masa sama, inisiatif itu turut memberi ruang kepada anak muda untuk mengetengahkan idea perniagaan baharu yang boleh menjadikan pengalaman pelancong di Melaka lebih menarik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via

You may be interested in: