“Ibu, Ampunkan Dosa Auni” - Gadis Bergegas Jumpa Ibunya Pada Saat-Saat Terakhir
Ibu Auni meninggal dunia disebabkan barah paru-paru tahap 4.
Hargailah yang tersayang selagi yang kita mampu, selagi kita masih bernafas di bumi yang sementara ini
Ajal dan maut itu rahsia Allah SWT yang tiada siapa tahu. Hari ini kita masih bersama tetapi mungkin esok lusa kita sudah tiada di dunia ini.
Begitu juga dengan orang di sekeliling kita, mungkin hari ini kita menjalani kehidupan bersama-sama, gelak ketawa bersama, makan minum sama-sama, luang masa bersama, tetapi esok mungkin terjadi suatu perkara yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya.
Kita harus ingat bahawa semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata, bila-bila masa sahaja Allah SWT akan ambil tanpa perlu permit kebenaran dari kita.
Begitu juga kehidupan anak dan ayah serta ibu. Selagi mana seorang anak itu mampu untuk menolong orang tuanya, memberikan bantuan, berilah semampu dan sedaya yang mungkin. Hargai orang tua kita, sebagaimana mereka membesarkan dan menjaga kita dari sebelum kita lahir sehinggalah kita sudah mencecah alam dewasa sekarang.
Seorang gadis telah berkongsikan saat-saat terakhir dia berjumpa dengan arwah ibunya yang menghidap barah paru-paru tahap 4, di laman Twitter
Gadis yang dikenali sebagai Auni itu menceritakan kisahnya terpaksa bergegas untuk bertemu dengan ibunya yang telah nazak. Auni yang menyesal tidak pulang ke rumah walaupun disuruh bapanya itu menangis teresak-esak semasa dalam perjalanan memikirkan ini merupakan kali terakhir dia bakal bertemu dengan ibunya.
Meskipun sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri, ibu tetap menunggu kepulangan anaknya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Dalam keadaan yang sedang nazak, adik-beradik Auni yang lain sempat meluangkan masa bersama ibu kecuali dirinya
Ibu meninggal dunia dalam keadaan tenang dan senang
Takziah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.