seismik

Kuasa Viral Twitter Menemukan Gadis Ini Dengan Ibunya Setelah 18 Tahun Terpisah. Sebaknya!

Dia telah terpisah dengan ibunya gara-gara perceraian yang berlaku di antara kedua ibu dan bapanya.

Cover image via Twitter @leender_

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit

Image via Satu Jam

Sudah menjadi kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Sekiranya kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Bahkan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Namun begitu terdapat juga mereka yang terpaksa berpisah dengan ibu ataupun bapa gara-gara perceraian yang berlaku di antara mereka. Boleh dikatakan, berpisah kerana dijemput Ilahi lebih mudah diterima berbanding berpisah kerana tiada jodoh dalam perkahwinan, kerana yang menjadi mangsa selalunya anak-anak.

Image via Hai Bunda

Pasti sukar bagi seorang anak untuk membesar dan menjalani kehidupan tanpa kehadiran ibu mahupun bapa kandungnya. Mereka bukan sahaja kehilangan sebahagian kasih sayang dari ibu dan bapa bahkan kadangkala terpaksa berpisah dengan adik-beradik mereka.

Walau bagaimanapun, satu kisah mengharukan telah tular di laman sosial tentang pertemuan seorang ibu dengan 2 orang anak perempuannya berkat foto ibunya yang telah dimuat naik melalui rangkaian sosial Twitter

Gadis yang menggunakan nama @leender_ telah terpisah dengan ibunya gara-gara perceraian yang berlaku di antara kedua ibu dan bapanya. Gadis itu yang pada ketika itu baru berusia 2 tahun tidak tahu langsung siapa ibunya, dan hanya mengenali beliau melalui cerita daripada kakak dan neneknya.

Dia yang selama ini sangat merindui ibunya hanya mampu mendapat kekuatan untuk mencari kembali ibunya kini, dan memohon orang ramai agar membantu pencariannya itu.

Berikut adalah bebenang Twitter yang dirangka gadis tersebut: 

Dengan kuasa viral media sosial, gadis itu berjaya menemui ibu kandungnya dengan bantuan warga internet

Menyedari persamaan raut wajah wanita dalam Facebook tersebut dengan ibu kandungnya, gadis tersebut berasa yakin bahawa pencariannya berhasil.

Setelah menghubungi wanita dalam Facebook tersebut, gadis itu terus menuju ke Manjung, Perak untuk bertemu dengan beliau sambil ditemani kakaknya

Tiada kata dapat menggambarkan betapa gembiranya dua beradik ini apabila dapat bertemu semula dengan ibu mereka selepas terpisah selama 18 tahun

Gadis tersebut mengucapkan rasa kesyukurannya kepada semua yang telah membantu pencariannya dan memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dia sekeluarga

Kasih sayang antara ibu dan anak adalah sepanjang hayat tanpa syarat mahupun batasan

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dengan kuasa viral media sosial, dua sahabat ini juga telah bertemu kembali setelah 13 tahun terpisah

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: