seismik

[VIDEO] Imam Mekah Berbahasa Malaysia Doakan Rakyat Kita Bebas Dari Wabak Covid-19. Amin!

Aamiin ya rabbal 'alamin.

Cover image via Facebook Zahida Zarik Khan & MSN

Penularan virus Covid-19 telah menjadi perhatian dunia disebabkan jumlah kes pesakit yang dijangkiti serta angka kematian yang berpunca dari wabak itu semakin hari semakin meningkat

Di Malaysia sahaja, rakyat yang disahkan positif Covid-19 sudah melepasi angka 3,000 jumlah kes, malah angka korban juga telah meningkat dari hari ke hari.

Image via MSN

Susulan daripada itu, pelbagai langkah yang telah diambil bukan sahaja dari kerajaan persekutuan dan badan berkuasa, bahkan orang ramai sama ada menerusi NGO mahupun inisiatif sendiri, demi membendung wabak tersebut.

Image via Astro Awani

Antaranya ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pengutipan derma dan dana untuk disumbangkan kepada kakitangan barisan hadapan dan mereka yang memerlukan, serta mengadakan solat hajat secara serentak di seluruh negara dan pimpinan doa kepada Allah SWT supaya dihindari daripada jangkitan Covid-19 yang melanda negara buat masa sekarang.

Baru-baru ini, seorang imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani, telah memuat naik videonya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak koronavirus atau Covid-19 ini

Difahamkan, beliau juga merupakan imam di salah sebuah masjid di Malaysia setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Image via Google

Namun yang lebih menarik adalah dalam videonya itu, beliau telah bertutur dalam bahasa Malaysia dan berkata bahawa beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di negara ini yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat di sini daripada pandemik tersebut.

Image via Google

"Kawan saya dari Malaysia, dari JPJ Muar, minta imam doa untuk JPJ, doa untuk seluruh Malaysia agar Allah selamat kita dari bala wabak korona (Covid-19). Imam sekarang doa, tolong siapa-siapa dengar, share video ini dan cakap amin," ujarnya.

Video berdurasi 4 minit 14 saat itu telah dimuat naik menerusi laman YouTube, sebelum dikongsikan semua di laman Facebook Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

SAMA-SAMA KITA AMINKAN DOA IMAM INI

Ya Allah.. Terharu bila Imam Mekah turut sama mendoakan negara kita.. Sama-sama lah kita Aminkan doa ini.. Di akhir video beliau ada berikan beberapa doa untuk amalan kita bersama.. Semoga #Covid19 segera lenyap dari negara kita.. Like/Follow > Cerita Rakyat TV

Posted by Zahida Zarik Khan on Wednesday, 1 April 2020

Pada penghujung video itu, imam Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani turut berkongsikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah Al-Quran untuk diamalkan supaya kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan berterima kasih kepada imam berkenaan kerana sudi mendoakan semua rakyat di negara kita

Antara komen daripada warganet melalui laman Facebook:

Aamiin ya rabbal 'alamin.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 2, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Thursday, 2 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS: