seismik

Individu Lancar Petisyen Desak Vivy Yusof Letak Jawatan, Kini Raih Hampir 200K Tandatangan

Ia dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan olehnya baru-baru ini.

Cover image via change.org

Pengasas jenama terkenal Fashion Valet, Vivy Yusof kini sedang hangat menjadi bualan netizen

Beliau yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila dikatakan telah mempersoal bantuan yang diberikan kepada golongan B40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Kenyataan yang dikatakan telah dibuat oleh Vivy itu telah menimbulkan rasa kurang senang warganet yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan beliau.

Susulan daripada itu, satu petisyen juga telah dibuat terhadap Vivy bagi menuntut agar beliau meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UITM yang kini disandang olehnya

Image via change.org

Petisyen itu telah dilancarkan beberapa hari lalu oleh individu bernama Mazril Mazlan di laman web change.org.

"Vivy Yusof di dalam akaun sosial media miliknya sendiri telah menghina golongan B40 dan M40 dalam penerimaan Bantuan Prihatin Negara. Perlakuan jelik dan memalukan. Petisyen ini adalah agar jawatan Vivy didalam board UiTM ditamatkan serta merta," kata kenyataan di dalam petisyen tersebut.

Sejak petisyen itu dilancarkan, ia telah meraih hampir 200 ribu tandatangan bagi menyokong agar ahli perniagaan itu meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: