seismik

Ini 6 Makanan Yang Korang Tak Sangka Boleh Jumpa Di Mana-Mana 'Food Truck'. Sedap Beb!

Boleh dijadikan sebagai juadah berbuka puasa nanti.

Cover image via Google

Ramadan bakal menjelang tiba, anda semua sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berpuasa nanti?

Image via Giphy

Sebelum itu, kami menyediakan serba sedikit info tentang apa itu bulan puasa dan kenapa ianya merupakan bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh umat Islam.

Maksud puasa dari segi syarak adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulai dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.

Simple je bukan?

Sebelum itu, anda dah tahu ke di mana nak beli juadah berbuka puasa yang sedap dan pelbagai jenis pilihan?

Kalau belum, kami sediakan senarai makanan best yang dijual di food truck sekitar KL!

1. Mat Rock, Tapak KL

Image via Expatangela

Ingat dekat kedai tomyam je ke anda boleh dapatkan nasi ayam goreng kunyit? Dekat food truck pun ada dijual.

Food truck Mat Rock ini menyediakan menu seperti nasi ayam goreng kunyit, sotong goreng kunyit, udang goreng kunyit dan daging goreng kunyit. Harga pun murah-murah je, bawah RM10!

Lokasi: Tapak, Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 5 pm hingga 12 am

2. The Humble Chef, Bukit Damansara

Image via Kosmo Online

Apa yang istimewa di food truck Humble Chef ini adalah semua pasta yang dijual adalah dengan harga yang sama iaitu RM5 sahaja. Kalau nak add-on omelette pun boleh, tambah RM2.50 sahaja. Murah dan memuaskan!

Jika anda ingin mencuba menu lain seperti fried laksa, pita, sandwic juga ada disediakan di Humble Chef!

Lokasi: Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8:30 pm - 12 am

3. Flaming Wheels, Tapak KL

Image via Flaming Wheels
Image via Flaming Wheels

Flaming Wheels sangat unik sebab mereka menghidangkan makanan citarasa tempatan dan antarabangsa. Selalunya food truck akan fokus satu jenis masakan sahaja tapi di Flaming Wheels ini mereka menyediakan masakan bervariasi untuk pelanggan. Harga pun hanya dalam lingkungan RM7 - RM15 sahaja.

Menu yang best dekat sini adalah Chicken Mushroom Burger, Tempura Fish & Chips, Spicy Fish Tacos dan pelbagai lagi pilihan menarik untuk anda!

Lokasi: Tapak, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 5:30 pm hingga 12 am

4. Little Fat Duck, SS15 Subang Jaya

Di food truck Little Fat Duck ini menyediakan makanan Itali dan Perancis yang berkonsepkan lunch box. Malah, harga semua pasta yang dijual juga hanyalah RM5. Mereka juga menyediakan lebih 20 jenis menu untuk pelanggan.

Lokasi: SS15, Subang Jaya (Berhadapan Public Bank)
Waktu Operasi: 8 pm - 12 am

5. Wheeloaf, Petaling Jaya

Image via Pinterest
Image via Eat Drink KL

Wheeloaf menawarkan pastri dan sandwic segar untuk setiap pelanggan. Anda tidak lagi perlu ke bakeri untuk membeli roti atau sandwic, boleh cari di food truck Wheeloaf ini!

Sesuai untuk dijadikan sebagai breakfast. Namun, jika anda terlepas boleh juga ke Damansara Uptown pada jam 6 hingga 10 pm! Mereka akan ada di sana.

Lokasi: Jalan SS21/1a, 47400, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 8 am hingga 10 pm, Sabtu 6 pm hingga 10 pm, Ahad 10 am hingga 4 pm

6. The RicePot, Kuala Lumpur

Image via Makan Truck

Menu istimewa di food truck The RicePot yang menjadi kegilaan ramai adalah Garlic Butter Rice yang dihidangkan dengan crispy fish. Memang ramai yang akan beratur untuk mendapatkan menu ini, memang sedap gila. Makan satu pun tak puas!

Lokasi: Hampshire Place, KLCC
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 11 am hingga 3 pm

Tahukah anda bahawa hanya 6% rakyat Malaysia yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya setiap hari?

Image via Tenor

Mungkin ramai diantara kita yang tidak mengambil buah dan sayur dalam kuantiti yang sepatutnya. Sebenarnya anda memerlukan dua hidangan buah-buahan setiap hari. Lebih-lebih lagi berpuasa, badan akan mengalami kekurangan vitamin dan nutrien.

Ingin tahu cara yang mudah untuk pastikan badan anda mempunyai nutrisi yang cukup dan lengkap di bulan Ramadan ini?

Mudah sahaja, minumlah MARIGOLD PEEL FRESH! Minuman ini mempunyai pelbagai perisa dan diperkaya dengan vitamin A, C, E dan antioksidan untuk memberikan anda khasiat yang secukupnya.

Jadikan minuman MARIGOLD PEEL FRESH ini sebagai pelengkap juadah di bulan puasa ini!

Image via Giphy

Pelbagai jenis perisa dikeluarkan untuk anda mengikut citarasa masing-masing. Kini MARIGOLD PEEL FRESH ada perisa baru tanpa tambahan gula iaitu Kale & Veggie.

MARIGOLD PEEL FRESH Kale & Vaggie tanpa tambahan gula ini mengandungi 17 jenis nutrisi buah-buahan dan sayur-sayuran dan diperkaya dengan vitamin A, B6, C, E. Minuman ini sememangnya pelengkap terbaik untuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di bulan Ramadan ini.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh meningkatkan sistem imuniti anda serta memberikan kesihatan yang lebih baik.

Minumlah MARIGOLD PEEL FRESH ketika bersahur dan berbuka puasa untuk mendapatkan khasiat dan nutrisi yang secukupnya!

Untuk maklumat lanjut tentang produk baru MARIGOLD PEEL FRESH ini, boleh klik di link ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pula perkara yang selalunya terjadi pada bulan puasa, betul ke tak?