seismik

Ini 7 Port Best Untuk Breakfast & Lunch Di Ipoh Buat ‘Kaki Makan’ Di Luar Sana. Ngam Beb!

Roadtrip weekend ni pun best juga. Jom? ;)

Cover image via Google

Bila sebut sahaja 'Ipoh', mesti terus terfikir Nasi Ganja bukan?

Image via Giphy

Mana taknya, port paling sedap untuk makan Nasi Ganja sememangnya di Ipoh. Line untuk beratur takpayah cakaplah, selalu panjang. Tapi yang penting, sedap dan memuaskan.

Untuk korang yang terasa macam nak rentas negeri hujung minggu ini bersama keluarga atau rakan, boleh cuba sendiri port makan yang kami senaraikan di bawah untuk makan pagi dan makan tengahari di Ipoh.

Konfem tak menyesal!

Breakfast di Ipoh memang sedap belaka.

Antaranya, korang boleh cuba kedai-kedai yang viral ni:

1. Restoran New Hollywood.

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: 7am - 10pm.

Tak dapat dinafikan, kedai ini memang sentiasa penuh. Lebih-lebih lagi ketika musim cuti atau hujung minggu. Tapi jangan risau, anda akan dapat makan dan tempat duduk. Yang penting, jaga jarak sosial!

Image via Twitter

2. Suhaimi Cafe.

Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, Ipoh Perak.
Waktu operasi: 7:45 am - 12pm.

Di sini, apa yang famous adalah Roti Benggali & Kari Ayam. Selain itu, ada juga Roti Titab! Tengok gambar pun dah terliur.

Image via The Ipoh Guide

3. Mee Daud Mat Jasak.

Alamat: No 1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, Ipoh Perak.
Waktu operasi: 3:30pm - 9:30pm.

Legend kedai ni tau sebab ia telah beroperasi sejak sekitar 1970-an lagi. Mana tidaknya, Mi Kicap dan Mi Kari yang dihidangkan memang power dan terangkat kalau dapat makan. Sedapnya.

4. Salmah Kopitiam.

Alamat: 92, Jalan Raya Musa Mahadi, Taman Hillview, Ipoh Perak.
Waktu operasi: 8am - 2:30pm.

Apa yang istimewa di sini adalah Kacang Pool, Telur Goyang, Laksa Johor dan pelbagai lagi hidangan menarik yang korang boleh cuba. Tapi bila tengok Teh Ais meleleh mereka pun macam ons juga. drools

5. Medan Selera Dataran Dato Sagor.

Alamat: Jalan Dato Sagor, Ipoh Perak.
Waktu operasi: 8am - 5pm.

Kalau nak sarapan atau makan tengahari, boleh singgah di medan selera ni. Makanan yang terkenal di sini adalah Telur Goyang. Kalau rasa nak makanan lain pun boleh cuba-cuba order.

Tak cuba, tak tahu. :)

6. Greentown DimSum Cafe.

Lokasi: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, Ipoh Perak.
Waktu operasi: 8:30am - 7:30pm.

Untuk korang yang inginkan kelainan untuk breakfast dan lunch, boleh cuba makan dimsum sedap di Greentown DimSum Cafe ni. Kami dah cuba berkali-kali, memang puas hati. Harga pun murah dan paling penting, boleh order banyak sebab kuantiti pun tak banyak sangat.

Salted eggyolk bun dia sedap guys!

Image via Saji.my

7. Nasi Ganja @ Kedai Kopi Yong Suan.

Alamat: 2, Jalan Kalsom, Taman Jubilee, Ipoh Perak.
Waktu operasi: 9:30am - 6pm.

Lokasi untuk makan Nasi Ganja di Ipoh ni ada beberapa pilihan sebenarnya. Tapi one of the best restoran adalah di Kedai Kopi Yong Suan ni. Menu yang terkenal di kedai ni sudah semestinya Nasi Kandar Lauk Ayam Merah. Walaupun beratur panjang, orang ramai masih setia menunggu.

Sebab sedap dan memuaskan kalau makan tengahari di sini. Cubalah!

Image via Saji.my

Amacam guys?

Terliur tak tengok semua makanan-makanan ni? Ha, apa lagi bolehlah plan untuk roadtrip ke Ipoh hujung minggu ni!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Ipoh ni sebenarnya banyak tempat menarik yang korang boleh explore :)

You may be interested in: