seismik

Lebih 7K 'Retweets', Gadis Ini Kongsi Itinerari Menarik Ketika Di Ipoh. Simple Tapi Puas!

Macam nak pergi je weekend ni. :)

Cover image via Twitter @imnkamilia

Kadang-kadang kesibukan bekerja buatkan anda ingin meluangkan masa hujung minggu dengan bercuti atau pergi road trip bersama rakan atau keluarga bukan?

Image via Giphy

Tak kisahlah jauh atau dekat, yang penting dapat terlepas dari kesibukan kota. Mana tidaknya, setelah seminggu bekerja tanpa henti, hujung minggulah masa untuk berehat dan pergi ke tempat yang lebih tenang.

Kalau dapat buru makanan sedap pun seronok juga, sambil tu bolehlah jalan-jalan.

Seperti perkongsian yang baru-baru ini tular di laman Twitter @imnkamilia di mana gadis ini berkongsi tempat menarik yang dikunjungi ketika berada di Ipoh. Nampak best!

Perkongsian yang ditulis berjaya meraih sebanyak 7.5 ribu retweets dan 15 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Paling senang, itinerari ini disediakan bersama kos yang anda perlu sediakan untuk setiap tempat yang bakal dikunjungi. Kan lebih mudah dan cepat, tak perlu fikir duit tak cukup ke apa.

Kalau pergi Ipoh, tak sah tak lajak ke Kellie's Castle ni!

Nak makan tengahari pula, memang Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suan ini sangat popular. Pergi je pasti ramai yang beratur!

Banyak juga tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Tapi ambil masa jugalah, sebab itu kena gerak pagi.

Buat ulat buku di luar sana, ini pasti 'syurga' buat anda!

Untuk mereka yang sukakan karya Yasmin Ahmad, boleh singgah di muzium beliau. Nak beli buku pun boleh. :)

Banyak betul tempat menarik di Ipoh ni. Kena pandai cari je.

Khas untuk mereka yang suka berkunjung ke taman rekreasi, boleh cuba dua tempat ini. Nature-friendly gitu.

Ahhh, bestnya! Jom ajak geng korang pergi Ipoh hujung minggu ni? :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak cuti dah ni, boleh pilih je mana anda nak pergi!

Leave a comment