"Ini Aliff Syukri, Bukan Aliff Aziz" - Aliff Syukri Berang Dikecam & Dicaci Maki Netizen
Ala, kesian Aliff yang lain. :(
Semalam telah tular tentang isu curang Aliff Aziz sekali lagi. Kali ini, isu ini membuatkan netizen terkejut kerana perkara yang sama berulang kembali.
Isu curang ini telah berlaku buat kali ketiga dan kali ini Aliff Aziz didakwa curang dengan seorang gadis bawah umur pula. Gambar yang tular di media sosial membuatkan netizen terkejut kerana Aliff Aziz dan gadis tersebut berswafoto tanpa memakai baju.
Setelah kejadian itu, Bella, isteri kepada Aliff Aziz telah memuat naik status di laman Instagram miliknya yang menjelaskan bahawa dia akan meneruskan kehidupan bersama anaknya, TANPA Aliff Aziz.
Klik sini untuk baca cerita penuh.
Berikutan isu ini juga, ramai pihak yang telah mengecam dan mencaci 'Aliff' yang salah. Aliff Aziz yang buat hal, Aliff Syukri dan Alif Satar pula terkena tempias.
Isu ini telah menjadi bualan netizen dan masih ramai yang menyalahkan orang yang tidak bersalah. Contohnya Aliff Syukri dan Alif Satar telah terkena tempias sehingga dicaci maki dan dikecam oleh netizen.
Alamak, kesiannya!
Perkara ini juga membuatkan Aliff Syukri berang lalu memuat naik satu video yang dijadikan sebagai penerangan kepada orang ramai supaya dapat membezakan yang mana satu Aliff Aziz dan yang mana satu Aliff Syukri.
Terbaiklah Dato!
Jadi, hentikanlah mengecam orang yang salah.
Bukan setakat itu sahaja, semalam ketika isu ini sedang hangat dibicarakan, Alif Satar juga turut memuat naik satu gambar yang jelas terpancar perasaannya kerana masih dipersalahkan
Jika anda masih lagi keliru, mungkin boleh lihat betul-betul nama dan muka setiap Aliff. Aliff yang terlibat adalah ALIFF AZIZ ya, bukan ALIFF SYUKRI atau ALIF SATAR.