seismik

Aliff Aziz Yang Curang, IG Alif Satar Pula Yang Netizen Serbu. Serius Kelakar Baca Komen!

"Kerana satu Alif, rosak Alif sebelanga."

Cover image via Instagram @alifsatar

Hari ini rakyat Malaysia disajikan dengan gosip terhangat tentang kes curang Aliff Aziz buat kali kedua terhadap isterinya, Bella Astilah

Aliff Aziz dan Bella Astilah.

Image via Instagram @aliffaziz91

Bella Astilah menerusi Instagram pada tengah hari tadi telah memuat naik satu post yang mendakwa suaminya telah berlaku curang sekali lagi.

Menurut tulisannya itu, Bella menceritakan bahawa Aliff telah berlaku curang dengan seorang pelakon wanita iaitu Oktovia Manrose yang bekerja dengan suaminya itu baru-baru ini. Malah, Bella turut berkata suaminya berkelakuan sedikit ganjil dua hari sebelum tamat penggambaran drama tersebut.

Untuk tahu cerita penuh, boleh baca di sini.

"Akan datang . Fit dan Rah," tulis caption Oktovia Manrose.

Image via Instagram @oktoviamanrose

Dalam pada itu, Aliff Aziz meminta untuk diberi ruang sebelum memberi apa-apa komen

“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Nak dijadikan cerita, tak semena-mena nama Alif Satar pula yang 'naik', siap trending nombor 3 di Twitter tu!

Yang peliknya, nama Oktovia Manrose tak ada dalam Top 10 pun.

Image via Twitter

Bahkan, melihatkan pada laman Instagram Alif Satar, nampaknya ramai betul komen tentang kes curang Aliff Aziz di foto terbarunya. Ini antara komen yang sempat kami screenshot:

Sebelum ini pun sama juga, Aliff Aziz yang dilapor curang, tapi Alif Satar pula yang "diserang".

Alif Satar turut mengeluarkan satu kenyataan meminta supaya orang ramai tidak tersalah orang.

Aduhai, sabar jelah bro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bella Astillah dilaporkan telah tawar hati:

You may be interested in: