seismik

Perkenalkan Tyra, Welder Wanita Melayu Berniqab Yang Buat Ramai Orang Ternganga

Kerjanya lasak, bermain dengan besi dan api, tetapi dia memilih untuk berniqab ketika bekerja.

Cover image via Facebook

Ini Tyra, wanita berniqab yang bekerja sebagai welder di syarikat oil and gas Sapura Kencana

Image via akamaihd.net

Tyra menjadi bualan netizen selepas memuat naik gambar dan status tentang pekerjaan dan pilihan pakaiannya dilaman Facebooknya

Kata Tyra, dia cuba sedaya upaya menjaga auratnya di dalam mahupun di luar masa bekerja. Dia tidak mahu menjadikan statusnya sebagai seorang perempuan muslimah untuk menghalang beliau membuat kerja-kerja berat sebagai welder.

Image via wp.com

Dia memilih untuk berniqab di tempat kerja untuk mengelak debu pasir dan debu besi

Tyra juga menjelaskan dia tidak dapat memakai jubah ketika bekerja sebaliknya memakai baju dan seluar lelaki demi mengelak dari disambar api.

Image via Facebook Tyra

Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pengguna laman sosial apabila membaca dan melihat status Tyra itu

Ada netizen yang mengecam pilihan Tyra memakai niqab kerana ia dikatakan tidak selamat. Rambut panjang lagikan diikat inikan pula niqab. Ada juga yang mengkritik perbuatan selfie yang kerap ditunjuk Tyra di laman sosialnya. Yang tak *best*nya, ada juga yang ungkit kisah peribadi beliau.

Hati-hati komen tu, Tyra pandai memanah tau!

Image via Facebook Tyra

Bagi yang tak tahu, Tyra merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak

Seorang netizen memuat naik screenshot status Tyra yang dikatakan dikecam hingga hal peribadinya pun disentuh sehingga memaksa dia minta gambarnya diturunkan atau didelete.

Tetapi, apa kaitan pakaian, pekerjaan dan status peribadi Tyra? Sepatutnya ia tidak disentuh atau dikaitkan sama sekali kerana ia langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Image via cari.com.my

Ini keadaan Tyra apabila berada di kawasan kerja. Memang cool gila! Tetapi, tak terbakar ke tudung tu?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, dari segi keselamatan, selamatkah berniqab dalam bidang kerja seperti Tyra?

Kata Tyra, apabila bekerja dia akan melipat dan menyorokkan niqab ke tepi topi kerana perlu memakai mask. Namun ada pengguna laman sosial yang berkongsi pengalaman baju berlubang terkena api ketika menjadi welder. Jadi, adakah perbuatan lipat niqab itu selesa dan selamat?

Menurut laman Canadian Centre for Occupational Health and Safety pula, berikut adalah pakaian yang harus dipakai oleh seorang welder yang menepati peraturan keselamatan:

Untuk melindungi dari kepanasan, asap dan percikan api.

Image via ccohs.ca

Untuk melindungi dari asap dan oksida.

Image via ccohs.ca

Melindungi dari renjatan elektrik, api dan haba.

Image via ccohs.ca

Untuk melindungi dari api dan haba.

Image via ccohs.ca

Dan dari segi agama, apa kata ustaz tentang pemakaian niqab?

Dari video ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa berniqab itu tidak wajib, tetapi jika nak pakai juga tidak dihalang. Walaubagaimanapun, pendapat alim ulamak mungkin adalah berbeza-beza mengikut mazhab.

Namun yang pasti, dalam kisah ini kesederhanaanlah yang paling perlu kita sama-sama praktiskan

Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“

Aisyah r.a beliau telah berkata dalam hadis Bukhari dan Muslim, “Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.”

Jadi maksudnya, buat sesuatu biarlah berpada-pada dan tidak mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri. Kan senang?

Kalau Tyra rasa selesa dan dia mematuhi peraturan, apa salahnya dia berniqab. Betul tak?

Image via Facebook Tyra

Manalah tahu, suatu hari nanti ada tudung atau niqab yang kalis api, macam tudung kalis air ini:

More stories to read: