seismik

Pencipta Video 'Perang Pokemon' Najib VS Mahathir Ini Lelaki Atau Perempuan?

Siapa beliau? Dari mana beliau dapat keberanian itu?

Cover image via Facebook Joshua Hwong

Peristiwa kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri dialog #nothing2hide masih menjadi bualan dan bahan troll orang ramai sehingga ke hari ini

Ada yang cuba membuat kelakar di Twitter, ada yang membuat lawak bergambar, tak kurang juga yang berani hentam DS Najib secara 'berdepan' di Facebook mahupun Twitter rasmi beliau.

Namun itu semua rasanya tidak boleh menandingi troll yang sedang meletup ini, iaitu video animasi berbentuk perang 'Pokemon' antara DS Najib dan Tun M. Memang kreatif!

Video sensasi ini menjadi viral dalam sekelip mata dan kini mendapat tontonan sebanyak lebih 90,000 dalam masa 24 jam. Ia turut dikongsi secara meluas di laman sosial oleh netizen di Malaysia.

Tahukah kamu, siapa yang menghasilkan video animasi ini? Kami perkenalkan, saudara ShilleNide!

ShilleNide, atau nama sebenarnya Joshua Hwong berasal dari Pulau Pinang dan merupakan bekas graduan UCSI. Beliau menamatkan pengajiannya dalam bidang seni bina pada tahun 2012.

Video perang Pokemon Najib vs Mahathir yang dicipta beliau itu bukanlah video pertama seumpamanya. Video pertama ala Pokemon Battle yang beliau hasilkan ialah tentang Pakatanjaya.

Ada juga video "nakal" yang kami pasti dihasilkan oleh ShilleNide sekadar untuk suka-suka sahaja. Betul tak?

Ramai netizen yang merasa seronok dan gembira dengan video animasi yang telah dipersembahkan oleh ShilleNide

Komen dari Youtube

Image via Youtube ShilleNide

Komen dari Twitter

Image via Twitter

Komen dari Facebook

Image via Facebook Malaysiakini

Mungkinkah Joshua Hwong atau ShilleNide ini boleh dimasukkan dalam kategori wira tak didendang? Apa-apa pun, terima kasih kerana menghiburkan kami, ShilleNide.

Image via Facebook

Kalau kamu masih belum puas bersuka ria dengan gambar-gambar troll, apa kata baca artikel di bawah:

You may be interested in: