"Inilah Perempuan" - Anak Merajuk Sebab Dapat RM1, Bila Dah Tambah Duit Terus Senyum Lebar
Kecil-kecil dah pandai eh!
Perempuan sudah sinonim dengan sifat yang kuat merajuk, betul tak?
Bila tak dapat sesuatu yang diingini, mulalah merajuk dan muka muncung sepanjang hari. Kadangkala, ada yang sampaikan menangis dek kerana tak dapat apa yang dimahukan.
Boleh dikatakan satu hari akan jadi moody sebab kemahuan tak ditunaikan. Tetapi, bila dah ditunaikan terus mood yang tadinya suram boleh berubah jadi ceria.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang budak perempuan merajuk gara-gara ayahnya beri duit belanja kurang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebab dapat duit belanja RM1, terus merajuk. Bila dah tambah auto senyum lebar
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ahmadfakhariibrahim, kelihatan dia berkongsi momen ketika dia menghantar anaknya ke sekolah.
Disebabkan dia hanya memberikan duit RM1 sahaja kepada anaknya, si cilik itu terus merajuk tanpa memandang mukanya. Riak wajahnya juga jelas kelihatan merajuk dan tidak berpuas hati dengan duit belanja yang diberikan.
Tetapi sebaik sahaja dia menambah duit belanja anaknya kepada RM2, terus si cilik itu senyum lebar. Malah, dia siap cium ayahnya kerana bagi duit belanja lebih.
"Ini mesti ad benda yang dia nak beli. Itu yang seringgit tak cukup tu" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.4M views, 146K likes dan 3,963 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu yang terus berubah ceria disebabkan ayahnya menambah duit belanja.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!