Isu Jerebu IPU 150-180 Berpanjangan, Agong Titah Nasihat Sekolah Terjejas Diarah Tutup

Baginda turut menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Cover ImageCover image via Astro Awani & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap 150 hingga 180 secara berpanjangan

Menurut laporan Kosmo!, Seri Paduka Baginda bertitah, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan, selain meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

Baginda turut menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

SAYS.com
Image via Kosmo!Image via

"Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

"Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office.

Dalam pada itu, Johor semalam mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri berkenaan.

Keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: