seismik

Isu Protes Salib Di Taman Medan Dari 2 Sudut Pandangan Berbeza. Mana Satukah Anda?

Apa kata kita ambil kira sudut pandang daripada dua pihak.

Cover image via therakyatpost.com

Mengapa ada pihak yang menyokong protes di Taman Medan tempoh hari? Lihat 5 sudut pandangan ini:

1. Gereja dibina tidak ikut syarat kebenaran dan rumah kedai tidak boleh dijadikan tempat beribadat bagi mana-mana agama sekalipun

2. Orang Cina dikatakan boleh bantah laungan azan dan pembinaan masjid. Oleh itu, mereka anggap tidak ada salahnya orang Islam membantah penggunaan salib di luar gereja.

3. Puak Kristian masuk ke kawasan orang Melayu Islam kerana ada agenda tersendiri yang bakal mengganggu-gugat ketenteraman dan memesongkan akidah umat Islam

4. Tiada kematian dilaporkan sepanjang protes berlangsung, bermakna isu ini tidak perlu diperbesar

"Walaupun kami pergi ke sana untuk berdemonstrasi, tiada seorang pun mati, tiada seorang pun cedera dan tiada seorang pun yang marah selepas itu."

“Kaim tidak lakukan apa-apa perkara menghasut. Kami cuma mahu minta tolong dari gereja untuk turunkan salib mereka. Kami bersopan dengan mereka, dan mereka juga begitu,” kata ketua sayap Wanita UMNO bahagian Petaling Jaya, Munaliza Hamzah.

malaysiakini.com

5. ISMA menganggap perletakkan salib di kawasan majoriti umat Islam sangat biadab dan tidak sensitif

“Di Selangor sendiri jumlah gereja yang didirikan jauh lebih banyak daripada peratusan penduduk beragama Kristian."

“Maka, pembinaan gereja dan meletakkan lambang salib di kawasan 90 peratus umat Islam sangat tidak sensitif, bersikap menghasut secara halus dan biadab. Jadi, bagi saya adalah wajar bantahan tersebut diadakan” tegas Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim.

ismaweb.net

Ada juga pihak yang membantah protes tersebut. Kenapa? Di bawah merupakan 5 sudut pandangan daripada pihak ini:

1. Agama Islam tidak mengajar umatnya untuk menjatuhkan agama lain, sebaliknya lebih bersifat terbuka dan menghormati semua manusia tidak kira bangsa dan agama

Datuk Saifuddin Abdullah.

Image via news.asiaone.com

"Cara tegakkan Islam ialah dengan bijaksana, pengajaran baik dan debat/dialog terbaik (an Nahl 125). Bukan dengan turunkan salib di gereja. Kalau kita amal Islam dengan baik, bukan Islam tidak ada sebab nak salahkan kita. Kalau mereka persoal azan dan sebagainya, baiki/jelaskan. Islam agama nasihat, bukan dendam."

"Lihat kepada gambaran lebih besar: kalimah Allah, rampasan Bible, salib dan Akta Hasutan, adakah kita menjunjung Islam yang bersifat kasih pada semua?" kata Datuk Saifuddin Abdullah.

themalaysianinsider.com

2. Salib telah digunakan sejak dari dulu lagi tetapi tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada orang Melayu Islam di negara. Jadi kenapa salib di gereja baru sekarang menjadi isu?

3. Salib tidak bernyawa dan tidak mampu untuk memesongkan akidah umat Islam. Ia merupakan simbol suci kepada masyarakat Kristian yang diletakkan di gereja, sama juga seperti lambang bintang dan bulan sabit yang diletakkan di masjid.

Marina Mahathir.

Image via www.themalaymailonline.com

"Hari yang amat sedih apabila umat Islam mula mempercayai yang satu objek tidak bernyawa mempunyai kuasa atas mereka," kata Marina Mahathir.

themalaysianinsider.com

4. Sebagai negara berbilang kaum dan bangsa, rakyat Malaysia sepatutnya lebih menghormati antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai hak untuk beragama dan beribadah.

5. Adakah protes tersebut dilakukan setelah mendapat permit dan kelulusan daripada PDRM serta pihak berkuasa tempatan?

Jadi, anda berada di pihak yang mana satu?

Bagi sesiapa yang masih belum faham isu ini secara menyeluruh, dapatkannya hanya di SAYS:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: