seismik

"Itu Isteri Tak Berdaftar" - Tular Isu Syamsul Bercerai, Datin Patimah Tak Nak Ambil Tahu

Macam mana boleh timbul cerita ni?

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail nekad tak mahu mengambil tahu mengenai gosip yang mengaitkan anak sulungnya itu sudah berpisah dengan Ira Kazar

Menurut sumber, dia hanya menganggap pelakon Puteri Sarah Liyana sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinan dengan Syamsul sebelum ini.

Nama Syamsul dan Ira dipetik oleh netizen selepas tular gosip seorang pengarah terkenal menceraikan isterinya menerusi aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah.

Image via Kosmo

Anggap Ira isteri tidak berdaftar

"Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah. Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu 'isteri tidak berdaftar' jadi saya tiada komen," katanya.

Sementara itu, Datin Patimah enggan memanjangkan kenyataan yang dikeluarkan suaminya yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengenai anak sulung mereka yang sudah lama tidak pulang ke rumah berjumpa orang tua.

"Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini," katanya lagi.

Image via Harian Metro

Terdahulu, Datuk Yusof menerusi satu temu bual bersama media mengalirkan air mata apabila mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah dan mengingatkan anaknya agar jangan menunggu sehingga orang tua sudah tiada barulah mahu mencari mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: