Kamera Badan Untuk PDRM Bakal Dilaksanakan Pada Suku Pertama 2025 - Kerajaan
Pengumuman itu diberitahu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Body-worn cameras atau kamera badan (BWC) dijangka akan dipasang pada anggota polis pada suku pertama 2025
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 26 Oktober, beliau berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta untuk perolehan BWC di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 pada 2021.
Perolehan akan dijalankan secara tender terbuka dan tempoh projek adalah selama 24 bulan.
"Pada masa ini, kementerian sedang menjalankan proses perolehan. Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri dijangka mengadakan mesyuarat pada November 2023 dan Letter Of Awards (LOA) dijangka dikeluarkan pada Disember 2023.
"Polis dijangka menggunakan sepenuhnya BWC pada suku pertama 2025, selepas mengambil kira keseluruhan proses bekalan termasuk ujian, lawatan tapak, latihan dan pentauliahan yang dijangka berlangsung dari Januari 2024 hingga Disember 2024," katanya.
7,648 kamera badan akan dipasang pada anggota polis
Beliau juga sempat menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada pakaian seragam polis akan direka bentuk semula agar lebih sesuai dengan cuaca panas dan lembap serta mengapa penggunaan BWC masih belum dilaksanakan.
Pada 21 Februari, beliau berkata setiap satu daripada 7,648 kamera badan yang akan dipasang pada anggota polis dianggarkan berharga antara RM2,000 dan RM2,500. BWC akan dipasang pada pegawai di 157 ibu pejabat polis daerah di seluruh negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!