TikTok Nafi Sekat Kandungan Pro Palestin Di Malaysia Seperti Yang Didakwa Fahmi Fadzil
Ada pengguna mendakwa konten mereka mengenai sokongan kepada Palestin telah disekat di beberapa platform antaranya adalah TikTok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semalam, 26 Oktober 2023, Menteri Komunikasi Dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mendedahkan terdapat bukti yang menunjukkan platform TikTok menyekat kandungan berkaitan konflik antara Palestin-Israel di negara ini
Sudah semestinya, antara cara rakyat Malaysia menunjukkan sokongan dan solidariti adalah melalui pelbagai cara antaranya memuat naik kandungan kekejaman zionis di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan juga TikTok.
Namun, terdapat ramai pengguna yang mendakwa hantaran mereka mengenai sokongan kepada Palestin telah disekat di beberapa platform antaranya adalah TikTok.
TikTok tampil nafi dakwaan sekat kandungan pro Palestin
Menurut Buletin TV3, ekoran isu itu, TikTok telah tampil menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyekat kandungan berkenaan di Malaysia..
Jurucakap TikTok menerusi e-mel kepada Reuters pada hari ini, 27 Oktober menjelaskan pihaknya bersederhana menentukan kandungan berita.
"Dakwaan ini tidak berasas. Garis panduan komuniti kami berpengang kepada kesaksamaan kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk sentiasa melaksanakan dasar bagi melindungi semua komuniti," katanya.
Fahmi Fadzil dedah ada bukti TikTok turunkan kandungan berkaitan konflik Palestin dan Israel
Menurut beliau, tindakan itu terbukti selepas ramai pengguna TikTok membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tentang video dan live yang dimuat naik telah diturunkan.
Malah, Fahmi turut mengarahkan MCMC untuk melakukan teguran keras terhadap TikTok serta Meta mengenai perkara tersebut.
Meta yang memberi balasan kepada perkara itu memaklumkan dakwaan terbabit ‘tidak benar’ dan pihaknya tidak menghalang hak bersuara di Facebook miliknya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!