seismik

Sekat Kandungan Isu Palestin, Fahmi Fadzil Jumpa TikTok Esok

Pertemuan tersebut akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk TikTok.

Cover image via Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu pertemuan akan diadakan Khamis ini, 26 Oktober 2023 antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pengendali aplikasi TikTok berhubung isu kandungan membabitkan konflik Palestin-Israel yang didakwa disekat di platform itu

Menurut sumber, Menteri, Fahmi Fadzil berkata pertemuan tersebut akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk TikTok.

"InsyaAllah saya akan mengadakan perjumpaan dengan TikTok, saya difahamkan mereka akan hadir Khamis ini, tapi saya biarkan MCMC untuk jumpa mereka dulu. Saya telah dipelawa untuk bertemu dengan the mother company kepada TikTok.

"Malah, saya lihat TikTok sudah mula cuak kerana mereka dapat tahu yang kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka.

"Namun, saya ingin tegaskan, bukan melibatkan TikTok sahaja, tetapi semua platform media, seperti yang Perdana Menteri umumkan Jumaat lalu, Malaysia akan mula melaksanakan Global Minimum Tax yang akan memerlukan syarikat-syarikat media sosial untuk didaftarkan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kehadiran yang memberangsangkan di Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin dengan lebih 15,000 orang adalah tanda betapa teguhnya sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Malah, Fahmi turut mengingatkan semua yang ingin memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin agar memastikan dan mengesahkan sumbangan disalurkan kepada agensi ataupun badan yang diikitiraf atau rasmi.

"Kita risau tindakan pihak scammer atau pihak tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan untuk meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: