seismik

Jamal Buka Restoran Makan 'Free' Selama 3 Tahun Untuk Semua Warga Malaysia

Dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 11 pagi hingga 3 petang.

Cover image via Dato Jamal Md Yunos

Ketua UMNO bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur yang akan menyajikan makanan percuma untuk rakyat Malaysia

Diberi nama Restoran Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama beberapa ahli korporat memperuntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma selama 3 tahun.

Restoran ini dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 11 pagi hingga 3 petang

Menurut Jamal, hanya 1,000 orang pertama akan menikmati makanan dan minuman percuma di restoran tersebut.

“Kita ada 7 menu yang bertukar-tukar dan ini adalah konsep mengalu-alukan semua lapisan masyarakat asalkan rakyat Malaysia. Inilah konsep muhibah,” katanya.

Rakyat Malaysia boleh makan apa sahaja yang mereka mahu di situ, selagi mereka tidak membazir makanan. Para pelanggan juga dikehendaki membasuh pinggan mereka sendiri setelah selesai makan.

Jamal berkata, beliau mempunyai 15 pekerja sukarela di restoran yang terletak di sebalah McDonald's Jalan Pahang tersebut.

Jamal berharap restoran ini akan memberi manfaat kepada komuniti yang kurang bernasib baik di kawasan itu

Bercakap kepada Malaysiakini, Jamal baru-baru ini menyedari bahawa kehidupan adalah lebih penting berbanding kekayaan material.

"Idea untuk projek ini datang kepada saya dua bulan lalu ketika saya menghadiri pengkebumian kawan baik saya. Saya menyedari bahawa betapa banyak aset yang kita miliki, kita tidak dapat membawanya bersama setelah meninggal dunia," katanya.

Jamal memberitahu pemberita bahawa jika semua berjalan lancar, beliau akan membuka cawangan "restoran percuma" di Sekinchan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menepis dakwaan pemberian makanan percuma ini semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti

“Kalau sebab PRU, itu pandangan mereka. Macam saya kata, kesedaran ini datang dari sahabat saya yang telah meninggal dunia 2 bulan lepas, ketika saya kebumikan dia, itulah datang kesedaran.

“Kalau saya sendiri tak mampu lakukannya, tapi (ini hasil) sumbangan berterusan daripada rakan-rakan. Kos untuk seorang RM5. Kami dah masak (hidangan untuk) 1,000 orang memerlukan RM5,000," tegasnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau nak makan murah, boleh singgah di restoran ini juga:

You may be interested in: