seismik

"Jangan Kancheong" - Sekolah Anak Diancam Bom, Aaron Aziz Tegur Sikap Ibu Bapa Selfish

"Orang lain pun ada anak-anak".

Cover image via @therealaaronaziz (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini mengenai sembilan sekolah antarabangsa di Lembah Klang telah menerima ancaman bom melalui emel

Difahamkan, pihak polis menerima tujuh hantaran emel mendakwa tujuh sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang dalam bahaya berikutan ancaman bom itu.

Tidak terkecuali, anak kepada pelakon Aaron Aziz merupakan salah seorang pelajar di antara sekolah yang diancam.

Terbaru, Aaron telah memuat naik sebuah video dengan menegur sikap segelintir ibu bapa yang pentingkan diri sendiri sehingga membuat keadaan menjadi lebih huru-hara.

Menerusi video tersebut, Aaron dilihat dalam perjalanan untuk mengambil anaknya selepas mendapat arahan daripada pihak sekolah di Setia Alam.

Ketika kejadian, Aaron menjelaskan bahawa keadaan pada waktu itu agak huru-hara sampaikan ada ibu bapa yang memotong barisan untuk mengambil anak masing-masing.

Walaupun dia faham dengan perasaan mereka yang panik, Aaron menegur sikap segelintir ibu bapa yang mementingkan diri sendiri.

"In situation like this, remain calm. Jangan jadi kancheong okay. Follow all the order, kalau orang tengah beratur tu beratur je. Kita tak boleh ada that panic issue, macam mana diaorang nak conduct safe passage for everybody. Baik untuk parents, baik untuk students, baik untuk cikgu. So please be patient and jangan panik," katanya.

Lihat video itu di bawah:

@therealaaronaziz

Salam Semua. Terima kasih @PDRMsiaOfficial Dalam emergency kalau boleh jgn panic. Keep calm dan folllow protocol. Kalau satu huru hara. Lain akan ikut. Ingat orang lain pun Ada anak anak. @AKSO MALAYSIA @HOMBRE MALAYSIA #Abgpunpanictapitawakal #Abgharapsemuaparentsbecomeconsiderate #jangankancheong #f #fyp #foryou #fyp #fy #foryoupage #aaron #aaronaziz #fypviral #bomb

original sound - aaron aziz - aaron aziz

Semoga semua sekolah yang terlibat berada dalam keadaan baik-baik saja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: