seismik

Jangan Pesan 5 Makanan Ini Semasa First Date Kamu

Tips mengelakkan situasi janggal, dengan gambar penyanyi Kun Anta sebagai hiasan.

Cover image via mediaterjah.com

Artikel ini diinspirasikan dari Buzzfeed tetapi telah disesuaikan untuk masyarakat Malaysia

Jika kamu membaca artikel ini kerana kamu ada temujanji pertama, tahniah kami ucapkan!

Image via SAYS.com

Kami yakin, sudah tentu kamu mahu first date kamu sempurna dan ada memori indah untuk dikenangkan. Betul tak?

Image via SAYS.com

Keluar makan adalah aktiviti paling digemari oleh ramai pasangan semasa dating

Mungkin kerana ia memberi ruang untuk pasangan berbual-bual dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

Ada yang first date makan malam yang romantis

Ada juga yang first date di kafe hipster

Namun begitu, ada beberapa jenis makanan yang kami rasa kurang sesuai dipesan atau dimakan ketika first date. Contohnya:

1. Goreng pisang awak

Image via SAYS.com

Goreng pisang awak memang antara goreng pisang yang tersedap kerana rasanya yang sedang-sedang manis. Tapi bayangkan kejanggalan yang akan kamu dan teman date kamu hadapi ketika membuat pesanan tersebut di restoran mahupun gerai makan.

2. Aiskrim dengan bentuk yang pelik

Aiskrim sebegini pernah mencetuskan kontroversi di laman sosial apabila dua gadis bertudung memuat naik gambar mereka sedang menikmati aiskrim tersebut dan menulis status yang berbaur lucah. Jangan kamu buat hal pula ajak teman istimewa first date di sini kalau tak nak malu.

viralkini.my
Image via Viralkini.MY

3. Burger bakar berlapis-lapis

Image via foursquare.com

Burger bakar pernah menjadi trend sebelum kafe hipster dan pisang goreng cheese. Ini kerana harganya berpatutan dan puas hati bila dimakan. Tetapi bayangkan betapa mencabarnya untuk menghabiskan burger bakar ini. Sudahlah bertingkat-tingkat, sos meleleh-leleh. Kalau tak comot lepas makan, memang tak sah!

Image via SAYS.com

4. Durian

Ada orang yang kurang tahan dengan bau durian, namun ada juga yang merasakan aroma tersebut menyelerakan. Durian tidak digalakkan untuk dipesan pada first date, atas sebab yang sama mengapa kamu tidak digalakkan untuk pesan makanan seterusnya iaitu...

Image via theguardian.com

5. Sambal udang petai

Sambal udang petai memang sedap terutama jika makan dengan nasi panas-panas. Tetapi, selepas makan petai, mulut dan lain-lain bau dari badan boleh jadi kurang menyenangkan. Oleh sebab itu, ia kurang sesuai dimakan ketika temujanji pertama.

Image via SAYS.com

Apa lagi makanan yang kamu rasa kurang sesuai dimakan semasa first date? Kongsilah dengan kami. Sebelum tu, cuba baca ini:

You may be interested in: