Jenazah 250KG Perlu Bantuan Khas APM & Orang Ramai, Proses Ambil Hampir 5 Jam

Difahamkan, operasi bermula pada jam 11.01 pagi dan selesai kira-kira jam 3.56 petang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Proses pemindahan jenazah seorang lelaki berusia 23 tahun yang mempunyai berat kira-kira 250 kilogram (kg) mengambil masa hampir lima jam pada Jumaat lalu

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, operasi berkenaan dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang selepas pihaknya menerima permohonan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Unit Pertahanan Awam Rantau Panjang, Leftenan Mohd Fuad Ismail berkata, bantuan itu dilaksanakan menerusi khidmat khas CD713 – Bantuan Lain-Lain bagi membantu menguruskan pemindahan jenazah dari Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Difahamkan, operasi bermula pada jam 11.01 pagi dan selesai kira-kira jam 3.56 petang.

"Operasi bermula jam 11.01 pagi dan selesai sekitar 3.56 petang, melibatkan seorang pegawai dan dua anggota APM bersama sebuah lori.

"Jenazah dibawa dari HPUSM Kubang Kerian ke Masjid Al-Hidayah untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Gual Tinggi bagi urusan pengebumian,"
katanya.

Proses berkenaan turut dibantu penduduk kampung yang berganding bahu dengan anggota APM bagi memastikan pengendalian jenazah dapat dilakukan dengan lancar

SAYS.com
Image via Harian Metro

Mohd Fuad berkata, khidmat khas itu diberikan bagi membantu pihak berkaitan menguruskan pemindahan jenazah sehingga selesai urusan pengebumian.

Operasi tersebut membabitkan perjalanan dari HPUSM ke Masjid Al-Hidayah sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Gual Tinggi untuk dikebumikan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: