seismik

"Jiwa Rock Bro" - Aksi Bapa Nyanyi Lagu Rock Kapak Masa Jaga Anak Ini Raih Perhatian Ramai

Ini orang panggil rock bapak.

Cover image via @nurulnajihah924 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.



Salah satu stereotaip masyarakat adalah ibu lebih mahir menjaga anak daripada bapa

Bapa pula selalu dilihat sebagai insan yang kekok tetapi lebih fun. Terdapat pelbagai cerita kelakar mengenai ragam yang dilakukan mereka semasa menjaga anak. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan gelagat seorang bapa yang menyanyikan lagu rock kapak kepada anaknya yang masih bayi telah mencuit hati netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Suruh jagakan anak, sekali terkejut nampak suami tengah headbanging nyanyi lagu rock kapak

Menerusi video yang dikongsi oleh @nurulnajihah924, kelihatan dia sedang mengintai aktiviti suami dan anaknya di dalam bilik.

Namun, dia terkejut apabila melihat suaminya itu sedang bersungguh-sungguh menyanyi lagu rock kapak kepada anak mereka. 

Apa yang melucukan adalah apabila suaminya siap buat aksi headbanging lagi depan anak mereka yang masih bayi itu. Anaknya pula tidak menangis dan hanya diam seolah-olah dia terpegun melihat aksi bapanya itu.

"Trauma baby tu ingatkan rock kapak mana terhangguk-hangguk depan dia" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 741.7K tontonan, 79.7K tanda suka serta 1.2K komen di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat bapa menyanyi lagu rock kapak kepada anaknya itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin ayah tu nak anak dia jadi penyanyi rock kapak kot bila dah besar nanti. Itu yang bersungguh betul menyanyi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: