“Gas Habis?” - Wanita Ini Kongsi Tips Memasak Hanya Guna Barangan Yang Ada Di Rumah
Lepas ni takda hal lah kalau gas habis.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pernah atau tidak anda tengah syok memasak tiba-tiba gas habis?
Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi ini bukan? Sudahlah tengah lapar, lambat pula kalau nak tunggu orang datang hantar. Anda tidak perlu risau lagi sebab lepas ni anda sudah boleh memasak walaupun tiada gas.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita berkongsi 'backup plan' untuk memasak kalau gas tiba-tiba habis telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna tiga benda ni sahaja, dah boleh masak macam-macam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @miss_donyaa, kelihatan dia sedang menunjukkan cara memasak apabila gas habis dengan menggunakan beberapa barangan yang ada di rumah.
Apa yang anda perlukan adalah loyang, kain dan minyak masak terpakai. Pertama sekali, gumpalkan kain sehingga menjadi bentuk bulat dan masukkanya ke dalam loyang. Kemudian, isi loyang tersebut dengan minyak masak terpakai. Hidupkan api dan siap!
Pada akhir video itu, kelihatan wanita itu sedang memasak steamboat bersama keluarganya dengan menggunakan teknik tersebut. Dia juga berpesan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana teknik ini melibatkan penggunaan api.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penggunaan teknik ini anda boleh klik di sini.
"Tak boleh bagi laki aku nampak video ni, nanti takda gas pun dia suruh aku masak jugak" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.7M views, 109.1K likes dan 5038K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen telah memberi reaksi masing-masing terhadap video perkongsian ini.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: