seismik

[VIDEO] Nak Buat Kejutan Hari Jadi Untuk Ayah, Tapi Reaksinya Pula Bikin Anak-Anak Panik

Luar biasa punya terkejut pak cik ni.

Cover image via @_scorpiogurlz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari jadi merupakan sesuatu yang istimewa buat semua orang

Ramai yang suka membuat kejutan hari jadi untuk menunjukkan penghargaan kepada insan tercinta. Reaksi masing-masing pula mesti ada yang malu, gembira dan juga terharu. 

Berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan sekumpulan adik-beradik membuat kejutan hari jadi kepada ayah mereka namun reaksi terkejutnya pula mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@_scorpiogurlz Masih dibawah alam sadar. Demi apapun kita semua panik liat papa #fyp #imaddictedto I'm Addicted To - SUBAG GOO

Niat nak buat kejutan, tetapi tak sangka pula ayah hampir kena serangan jantung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_scorpiogurlz, kelihatan sekumpulan adik-beradik membawa sebuah kek yang dipenuhi lilin untuk membuat kejutan kepada ayah mereka.

Mereka mula mengetuk pintu dan apabila si ayah keluar, lagu hari jadi pun dinyanyikan beramai-ramai. Namun, apa yang melucukan adalah apabila reaksi si ayah benar-benar terkejut sehingga hampir terkena serangan jantung.

Disebabkan itu, anak-anaknya dilihat sangat panik dan cuba menenangkan kembali ayah mereka. Menurut salah seorang anaknya, tiada apa yang serius berlaku kepada pakcik tersebut dan dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Ni mesti kes tunggu jam 12am, member dah sedap tidur, bangun-bangun orang ramai depan pintu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 23.2M views, 2.5M likes dan 21.2K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat reaksi pak cik yang benar-benar terkejut itu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nak kesian tapi maaf kelakar sangat muka terkejut tu. Apa-apa pun semoga sihat selalu ya pak cik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: