seismik

Isteri Scam Suami Beli Kereta Dengan Harga Murah, Sekali Hampa Bila Tengok Rupa Sebenar

Depan dah elok sekali belakang dia, allahu.

Cover image via @shaa0007 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, kalau dapat prank orang memang seronok bukan?

Lagi-lagi, bila dapat tengok reaksi orang yang kena prank itu. Memang kelakar habislah. Sebab itulah, sekarang sudah ramai yang mempunyai macam-macam idea nak kenakan rakan-rakan atau pasangan sendiri.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang suami yang terpedaya dengan prank isterinya untuk membeli sebuah kereta terpakai telah mencetuskan tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami dah semangat nak beli kereta, rupa-rupanya kena prank dengan isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shaa0007, kelihatan dia berkongsi perbualan bersama suaminya di aplikasi WhatsApp. 

Wanita itu telah menghantar gambar sebuah kereta terpakai untuk dijual dengan harga RM900 kepada suaminya. Apabila mendengar harga yang murah itu, suaminya terus bersemangat ingin membeli. 

Namun, wanita itu memberitahu bahawa kereta tersebut perlu diperbaiki dahulu kerana terdapat kerosakan. Apa yang melucukan adalah apabila dia menunjukkan gambar bahagian belakang kereta itu rosak teruk seperti tiada harapan untuk memperbaikinya. 

Suaminya dilihat terkejut tetapi dia hanya mampu ketawa apabila terpedaya dengan prank oleh si isteri.  

"Hahaha sakit perut aku gelak nak repair pun pakai modal banyak" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 1.7M views, 147.8K likes dan 4.8K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat keadaan kereta yang perlu diperbaiki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian suami tu kak, dia dah excited nak pergi tengok kereta tapi kereta pula tak nampak rupa dah :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: