seismik

Tersasul Sebut ‘Sugar Daddy’ Game Khusus Untuk Kanak-Kanak, Gadis Ini Buat Ramai Terhibur

Ahh ghisau budak-budak main sugar daddy.

Cover image via @youknow.mi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila kita tersasul menyebut sesuatu, ia boleh jadi satu perkara yang memalukan

Dalam otak dah fikir perkataan lain tapi apabila bercakap lain pula yang keluar. Hal ini juga kadangkala boleh buat kita tersebut perkataan yang bukan-bukan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang pelajar yang tersasul menyebut 'sugar daddy' permainan yang khusus untuk kanak-kanak telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak sebut candy crush tapi boleh pula tersasul sebut sugar daddy

Menerusi video yang dimuat naik oleh @youknow.mi, kelihatan seorang gadis sedang berlatih debat bersama rakan-rakannya. 

Apa yang melucukan adalah apabila dia sedang rancak mengeluarkan hujah-hujahnya, tanpa sengaja gadis tersebut tersasul menyebut sugar daddy merupakan salah satu permainan yang khusus untuk anak kecil. 

"Game yang khusus untuk anak kecil seperti sugar daddy...", ujar gadis tersebut. Sebenarnya dia ingin menyebut candy crush. Situasi ini telah membuatkan rakan-rakannya tidak dapat menahan ketawa. 

"It's okay sis, it's just ayah gula" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 1.6M views, 241.1K likes dan 4.3K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur apabila mendengar gadis itu tersasul menyebut sugar daddy.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apalah dik. Walaupun macam jauh sangat candy crush pergi sugar daddy, yang penting confident :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: