[VIDEO] Jom Ke #Gegaria 24 Februari Ini. Pelbagai Jenis Makanan Enak Menanti Anda Di Sana!
Banyak aktiviti menarik dan hidangan makanan yang akan buatkan air liur meleleh! Nyums!
Anda masih belum ada apa-apa plan hujung minggu pada 24 Febuari nanti? Apa kata isikan hujung minggu anda tu dengan keluarga dan rakan-rakan di Festival Gegaria!
Festival Gegaria akan diadakan di lokasi yang terakhir selepas Shah Alam dan Johor Bahru iaitu di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang pada 24 Febuari ini. Pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung di sana nanti.
Bermula dari Art Installations, Zumba, Giant Congkak, Throwback Tunnel, Make-up Tutorial, Hijab Tutorial dan macam-macam lagi, Festival Gegaria pastinya adalah satu festival yang tak akan anda mahu lepaskan!
Dan apa yang paling best sekali, macam-macam jenis makanan turut dijual di festival yang cukup meriah ini
Kalau dah kenyang tu, anda jangan lupa untuk try Cendol Durian Musang King yang menjadi kegilaan ramai di festival ini
So, apa lagi jangan lupa blok tarikh 24 Febuari ini untuk Festival Gegaria yang bertempat di Pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Jumpa anda di sana!