seismik

JPJ Kini Menawarkan Diskaun Saman & Kompaun Sebanyak 70% Hingga 2 Mei 2018

Cepat bayar, nanti rugi!

Cover image via New Straits Times

Jika anda mempunyai saman atau kompaun yang telah diterima daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), jangan risau. Tidak perlu bayar mahal-mahal kerana kini pihak JPJ ingin mengurangkan beban anda.

Image via SoZCyili

[BERITA BAIK!]

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan bahawa mereka menawarkan diskaun sehingga 70% untuk saman dan kompaun yang telah diterima sebelum ini. Bayaran boleh dibuat sehingga 2 Mei 2018!

Image via InfoKereta.com

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, "Diskaun saman dan kompaun ini diberikan bersempena Ulang Tahun Ke-72 jabatan itu", kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Menurut Ab Aziz lagi, diskaun sebesar itu sememangnya jarang dan tidak pernah dibuat selama pentadbiran itu berjalan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Image via Malay Mail Online

"Orang ramai harus mengambil kesempatan ini untuk membayar segala saman yang diterima dan dikeluarkan oleh pihak JPJ sebelum tawaran itu berakhir pada 2 Mei 2018 nanti. Pembayaran boleh dibuat di semua pejabat JPJ di seluruh negara," kata Ab Aziz ketika dihubungi.

Walau bagaimanapun, diskaun ini tidak sah untuk beberapa jenis saman yang telah dikeluarkan contohnya:

  1. Kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).
  2. Kesalahan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
  3. Kesalahan di bawah kenderaan lebih muatan yang melebihi 5 tan.
  4. Saman mahkamah.
  5. Saman dan kompaun yang melibatkan warga asing.

Cepat pergi pejabat JPJ yang berdekatan untuk bayar saman. Jangan terlepas diskaun ini ya, nanti rugi!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

Leave a comment