[VIDEO] "Sedap Ke Air Ketum Tu Dik?" Tiga Pelajar Sanggup Berkongsi RM10 Untuk Membelinya
Abang dulu main pemadam je dik.
Viral di media sosial video tiga pelajar perempuan menerusi Facebook yang mendakwa pelajar tersebut minum air ketum dengan harga RM10
Tiga pelajar berkenaan yang hanya berusia 15 tahun dan bersekolah di Bachok, Kelantan, berkongsi duit untuk membeli air ketum itu.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada petang semalam kira-kira jam 2 petang, selepas waktu persekolahan.
Hasil soal siasat, mereka menjelaskan bahawa itu adalah kali pertama mereka mencuba minuman tersebut kerana ingin mengetahui bagaimana rasa sebenar air ketum
Pihak polis juga sedang mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum tersebut untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Semakan rekod disiplin dengan pihak sekolah juga mendapati, ketiga-tiga pelajar terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan disiplin.