seismik

"Akibat Bosan" - Jual Abang Bernilai 10sen Di Shopee, Seller Ini Gelabah Bila Terima Order

Ada pula yang nak membelinya tu.

Cover image via @nrlainsyhda_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, pandemik ini telah memaksa kita untuk berbelanja secara dalam talian bagi mengurangkan penularan wabak penyakit

Hal ini bukan saja memudahkan kerja-kerja pembelian barangan, ia juga dapat menjimatkan masa. Ramai yang mula membeli barangan daripada Shopee, Lazada dan platform lain-lain. Kini, semua barang keperluan mahupun kehendak boleh ditemui secara online. Senang! 

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang seller bertindak untuk menjual abangnya yang single di Shopee mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba jual abang yang single dengan harga 10 sen

Menerusi video berkenaan, kelihatan gambar abang yang single itu dipaparkan di Shopee dengan bernilai 10sen. Dengan nama produk yang berkapsyenkan "Abang single untuk diletgo" itu telah menarik perhatian ramai. 

Apa yang lebih melucukan lagi adalah apabila seller menerima tempahan yang pertama. Seller tersebut dilihat sangat gelabah lalu bertindak untuk chat pembelinya itu dengan mengatakan "Kak saya gurau je kak".

Lebih menghiburkan lagi apabila pembeli tersebut membalas yang dia juga bergurau dan menyuruh seller ambil duit 10sen yang telah dibayar masuk ke dalam tabung. 

"Ni mesti kes stres sebab abang dok buli dia ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan perkara itu. Malah, ramai yang menyakat kalau betul produk itu dijual, bagaimana seller nak pos barang berkenaan. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 153K tontonan, 8K tanda suka dan 300 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik pembeli tu baik hati suruh simpan duit dalam tabung, cuba kalau dia minta hak dia. Habislah! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: