Kaki Freebies Wajib Tahu, Banyak Promo F&B Menarik Sempena 10.10 Ini

Kalau 10.10 nanti memang sudah ada plan nak makan di luar, apa kata manfaatkan sekali promosi yang sedang berlangsung?

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tarikh 10.10 bukan sahaja sinonim dengan kempen jualan besar-besaran, malah turut menjadi peluang untuk kaki makan mendapatkan pelbagai tawaran menarik daripada jenama makanan dan minuman (F&B)

Sempena kempen 10.10 tahun ini, beberapa jenama F&B tampil dengan promosi khas yang menawarkan harga lebih rendah, menu istimewa serta tawaran eksklusif untuk pelanggan.

Bagi yang memang sudah lama teringin nak cuba menu tertentu, kempen sebegini boleh jadi masa yang sesuai untuk menikmati makanan kegemaran tanpa perlu berbelanja seperti biasa.

Antara tawaran menarik pada 10.10 ini:

1. Tealive

SAYS.com
Image via @tealiveasia (Instagram)

Kenali Orange Americano baharu daripada Tealive, gabungan rasa oren yang menyegarkan dengan aroma kopi yang kaya daripada biji kopi yang baru dikisar.

Nikmatinya hanya pada harga RM3.99 dari 1 hingga 8 Oktober! Ajak geng kopi anda dan nikmati tegukan pertama bersama-sama. Harga istimewa untuk tempoh terhad ini memang tak boleh dilepaskan!

Tersedia di kedai dan menerusi Aplikasi Tealive. Tertakluk pada terma dan syarat.

2. Marrybrown

SAYS.com
Image via @marrybrownmy (Instagram)

Kini anda boleh dapatkan dua kali ganda hidangan kegemaran Marrybrown dengan promosi Beli Hidangan Kedua, Dapatkan Diskaun 50%, eksklusif melalui penghantaran MB App!

Tersedia di semua restoran Marrybrown kecuali cawangan di lapangan terbang, Genting Highlands, Johor Premium Outlet dan Sunway Lagoon.

Hanya dari 29 September hingga 8 November 2026. Tawaran untuk tempoh terhad sahaja! Tertakluk pada terma dan syarat.

3. Famous Amos

SAYS.com
Image via @famousamos.my (Instagram)

Gandakan hidangan, gandakan kegembiraan! Beli 1 Set Hadiah Jolly Wally Mooncake dan dapatkan 1 LAGI SET secara PERCUMA — 2 set hanya RM129.90!

Dapatkan set anda di cawangan Famous Amos terdekat selagi stok masih ada dari 18 September hingga 15 Oktober 2026.

4. Lavender

SAYS.com
Image via @mylavendermylife (Instagram)

Siapa yang tengah Shiopan hunting tu, jangan lupa dapatkan Shiopan klasik dan menghasilkan rangkaian 3 perisa yang pasti menggoda selera di Lavender!

Setiap ahli menikmati diskaun 𝟏𝟎% untuk pembelian Shio Series anda dari sekarang hingga 𝟓 November. Kini tersedia di semua cawangan. Dapatkan hidangan anda yang segar hari ini!

5. Burger King

SAYS.com
Image via @burgerking_malaysia (Instagram)

Masa untuk berehat sambil menikmati hidangan yang lazat! Kenali kegemaran baharu anda yang penuh dengan coklat: KitKat® Iced Chocolate, KitKat® Hot Chocolate & Sundae "Made with KitKat®". Berkrim, mewah dan penuh dengan keenakan KitKat® yang pasti menggoda selera!

Dan ya, ada lagi! Anda akan mendapat coklat KitKat® secara PERCUMA bagi setiap pembelian daripada siri KitKat®!

*Selagi stok masih ada.

6. Hot & Roll

SAYS.com
Image via @hotnrollofficial (Instagram)

Sejukkan diri anda dengan Sparkling Series kami yang menyegarkan dan nikmati tawaran beli 1 percuma 1!

Pilih perisa buah kegemaran anda:
– Mixed Berries
– Laici
– Blackcurrant
– Tropical Mix

Beli mana-mana 1 Sparkling & dapatkan 1 Sparkling secara PERCUMA!

Promosi sehingga 31 Oktober 2026 dan hanya tersedia di cawangan terpilih sahaja.

7. BananaBro

SAYS.com
Image via @bananabromy (Instagram)

Apa kata anda ajak rakan-rakan makan BananaBro lunch esok? Sebab BBro Rewards Member Exclusive ada:

– Beli 1 Free 1 Craving Set
– Setiap hari Selasa
– Dari 3PM & seterusnya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: