seismik

Kantoi Belanja Peminat Martabak, Reaksi Syamel Kena Marah Dengan Ernie Zakri Curi Tumpuan

Habislah bang.

Cover image via @secretlover.ez (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja tidak kenal dengan pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel bukan?

Pasangan ini dilihat begitu mesra dan sangat aktif di sosial media terutama sekali dalam TikTok live. Kadangkala memang terhibur tengok perangai mereka ini.

Namun, baru-baru ini sebuah akaun di TikTok berkongsikan reaksi lucu Syamel sebaik saja dia ‘dimarahi’ oleh isterinya semasa live telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Muka terus cuak lepas Ernie baca komen netizen

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan itu sedang menjual pakaian raya di TikTok live mereka.

Namun, Ernie tiba-tiba membaca komen netizen yang mendakwa Syamel ada belanja martabak kepada seseorang. Situasi itu membuatkan Ernie bertanyakan siapakah dia kepada Syamel.

Bukan hanya itu, ada juga yang mendakwa Syamel ada pergi ke kedai kasut Skechers. Perkara itu membuatkan Ernie tak henti-henti menyoalnya.

Lebih melucukan lagi adalah muka cuak Syamel yang dilihat seperti takut dek kerana Ernie yang sedang 'menyiasatnya'.

"Muka cuak tapi hensem woo, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat pasangan tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.3M views, 315.3K likes dan 2,293 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tahu takut ya Bang Mel bila bini nak start mengamuk :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: